Presiden FIFA, President Gianni Infantino telah mencadangkan agar negara Arab akan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2030 dengan Israel.
Gianni Infantino menyatakan bahawa, FIFA sedang berbincang mengenai idea pengajuran Piala Dunia 2030 melibatkan Israel.
Infantino merasakan bahawa negara negara Arab seperti UAE sangat sesuai menjadi penganjur bersama Piala Dunia 2030 bersama sama dengan Israel.
Infantino yakin perkara itu akan dapat direalisasikan pada 2030 akan datang.
Sebelum ini FA Palestine telah mengeluarkan kenyataan maaf mereka kerana terpaksa tidak menjemput Infantino ke negara mereka untuk membincangkan isu bola sepak.
Ini selepas presiden FIFA itu menghadiri pelancaran muzium di Israel yang digelar Muzim Tolak Ansur. Muzim tersebut dibuna di atas kubur bersejarah umat Islam di Jerusalem.
FA Palestine menyatakan kekecewaan mereka dengan tindakan Infantino yang dilihat terlibat dalam isu politik Israel.
Infantino yang merancang mahu berjumpa dengan presiden FA Palestine selepas bertemu Perdana Menteri Israel. Tetapi FA Palestine terpaksa membatalkan program tersebut.
Ini kerana presiden FIFA tersebut dilihat secara aktifnya menyokong Israel agar menjadi penganjur Piala Dunia 2030.
Welcome to Israel, President of FIFA, Gianni Infantino!⚽️
It was a pleasure meeting you and hearing your idea about Israel hosting the @FIFAWorldCup in 2030, together with our Arab neighbors.
That’s a goal we can all work towards! 🥅 pic.twitter.com/CXi9TIgcFn
— Prime Minister of Israel (@IsraeliPM) October 12, 2021
Menurut FA Palestine, tindakan FIFA memberikan penganjuran kepada Israel akan merosakkan sistem bola sepak.
Ini kerana menurut Palestine, Israel ada rekod panjang tentang kegiatan mereka yang suka mengebom stadium dan pusat sukan di Palestine.
Selain itu Israel melarang pemain pemain Palestine berlatih dan bermain di West Bank dan sudah beberapa kali menangkap dan menembak pemain pemain bola sepak Palestine.
PFA dalam kenyataannya berkata: “Kami harap lawatan Infantino ini akan mengakhiri penderitaan pemain pemain bola sepak Palestine gara gara pendudukan Israel di tanah Palestine.”
“Tentera Israel beberapa kali mensasarkan, menyerang dan mengganggu aktiviti bola sepak di wilayah Palestine.”
Seterusnya, Infatino kemudian menyokong idean Piala Dunia 2 tahun sekali dengan memberikan perbandingan pelik.
Di mana dia menyamakan Piala Dunia bola sepak dengan Super Bowl di Amerika Syarikat yang turut disebut kejohanan dunia.
Menurut Infantino: “Kalau Super Bowl boleh setahun sekali, kenapa tidak Piala Dunia dua tahun sekali?”
FIFA president Gianni Infantino 🗣
"The Super Bowl is played every year, why not a World Cup every two?“
Please, give it a rest 😴 pic.twitter.com/1pR1UEGPP9
— Footy Accumulators (@FootyAccums) October 13, 2021
Sebelum ini Carlo Ancelotti antara yang menentang idea Piala Dunia 2 tahun sekali. Ancelotti sambil menyindir, alang alang nak buat 2 tahun sekali, kenapa tidak buat setahun sekali terus.
“Bermain Piala Dunia setiap dua tahun? Nah, alang alang kita dah membincangkannya, ayuh kita anjurkan setahun sekali,” katanya dengan sinis.
Ancelotti mengingatkan bahawa, Piala Dunia 4 tahun sekali pun sukar untuk UEFA dan FIFA menyusun jadual agar tidak membebankan pemain. Inikan pula dua tahun sekali.
“Jadual adalah masalah yang sangat serius. Sesuatu harus diubah. Ada perlawanan yang tidak masuk akal.”
“FIFA dan UEFA harus membincangkannya. Memang benar pada masa ini mungkin mereka tidak terlalu setuju satu sama lain, tetapi tekanan terhadap pemain terlalu tinggi.”
We're not sure Carlo Ancelotti is a big fan of changing the World Cup schedule 😅 pic.twitter.com/nlGEz1MZem
— ESPN FC (@ESPNFC) September 21, 2021