FIFA Nekad Buat ‘Game’ Sendiri Dan Sindir EA: “FIFA Akan Kekal Terbaik Selamanya”

Sebelum ini EA Sports mengesahkan bahawa mereka secara rasminya akan berpisah dengan FIFA selepas FIFA 23.

EA Sports tampil dengan permainan terbaru bernama EA Sports FC. Dan berkata mereka masih akan mengekalkan lesen dan perkongsian eksklusif dalam “era baharu yang menarik”.

Berita itu penamatan hubungan kerjasama hampir 30 tahun antara EA dan FIFA, menyaksikan berakhirnya siri permainan FIFA yang sudah wujud sejak FIFA 95.

Dalam kenyataan rasminya, EA Sports FC menerusi EVP mereka, Cam Weber menyatakan: “Platform bebas baharu ini akan membawa peluang baharu – untuk berinovasi, mencipta dan berkembang. Ini lebih daripada sekadar perubahan simbolik – sebagai EA SPORTS, kami komited untuk memastikan EA SPORTS FC adalah simbol perubahan.”

“Kami berdedikasi untuk melabur semula secara signifikan dalam sukan ini, dan kami teruja untuk bekerjasama dengan bilangan rakan kongsi yang ramai dan semakin meningkat untuk berkembang kepada pengalaman tulen baharu yang membawa kegembiraan, keterangkuman dan penyerapan kepada komuniti peminat global.”

“Saya berharap untuk berkongsi butiran lanjut tentang rancangan ini dalam beberapa bulan akan datang.”

“EA SPORTS FC akan membolehkan kami merealisasikan masa depan ini dan banyak lagi, tetapi sebelum itu kami akan mempersembahkan permainan kami yang paling luas dengan rakan kongsi hak penjenamaan semasa kami, FIFA, untuk satu tahun lagi.”

“Kami komited untuk memastikan FIFA yang seterusnya adalah yang terbaik yang pernah ada, dengan lebih banyak ciri, mod permainan, kandungan Piala Dunia, kelab, liga, pertandingan dan pemain daripada mana-mana siri FIFA sebelum ini.”

“Kami sangat teruja untuk membina masa depan bola sepak global bersama anda semua, dan dengan senang hati akan berkongsi maklumat lanjut tentang EA SPORTS FC pada Musim Panas 2023.”

“Masa depan sukan ini sangat besar dan cerah, dan peminat bola sepak menjangkau seluruh pelusuk dunia. Bola sepak global telah menjadi sebahagian daripada EA SPORTS selama hampir tiga puluh tahun – dan hari ini, kami memastikan ia akan berterusan selama beberapa dekad mendatang.”

Sebelum ini Weber berkata EA sedang menyemak semula perjanjian hak penamaan mereka dengan FIFA dan syarikat itu memfailkan tanda dagangan di UK dan EU yang membayangkan penamatan kontrak itu.

Permainan video bola sepak paling popular di dunia, EA mempunyai lebih 300 rakan kongsi lesen individu dan hasilnya mempunyai akses kepada lebih 19,000 pemain dan 700 pasukan, lebih 100 stadium dan 30 liga, serta pertandingan Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

Beberapa bulan lalu, beberapa laporan menyebut bahawa EA Sports sudah tak tahan dengan sikap tamak FIFA yang merancang mahu meminta lebih daripada $1 bilion untuk hak menggunakan namanya selama empat tahun.

Ini meliputi satu kitaran Piala Dunia – iaitu lebih daripada dua kali ganda bayaran EA buat sebelum ini.

Oleh sebab itu EA Sports merancang untuk menukar haluan dengan menukar jenama permainan mereka daripada menggunakan nama FIFA kepada EA Sports FC.

Bukan itu sahaja tetapi FIFA mahu mengehadkan lesen semata-mata kepada permainan video tradisional, manakala EA mahu ia menyertakan sorotan permainan, kejohanan permainan video dan NFT.

Memandangkan tuntutan tersebut, rancangan EA untuk segera memikirkan langkah baharu dalam perjanjian mereka dianggap masuk akal, terutamanya kerana kebanyakan lesen untuk kelab, pemain dan stadium adalah dari tempat lain, seperti kesatuan pemain FIFPro – yang menandatangani perjanjian baharu dengan EA Sports, untuk terus menggunakan wajah pemain sebenar dalam permainan akan datang.

Satu-satunya perkara yang EA akan benar-benar kalah, selain nama FIFA, ialah Piala Dunia, yang semuanya merupakan sebahagian daripada lesen FIFA yang sama dan tidak boleh disertakan dalam permainan baharu, apa sahaja namanya, tanpa membuat perjanjian baharu .

Kerjasama dengan EA merupakan antara perjanjian komersial FIFA yang paling menguntungkan, jadi organisasi itu mungkin berada dalam masalah kewangan yang sebenar selepas ini.

FIFA akan lanyak EA Sports FC

Terbaru, FIFA mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan sendiri permainan bola sepak maya itu. Perkara itu disahkan presiden FIFA, Gianni Infantino.

Infantino turut menyindir EA Sports bahawa, permainan bola sepak dengan judul FIFA akan sentiasa menjadi yang terbaik. EA Sports selama ini memerlukan FIFA untuk berjaya dalam permainan video bola sepak.

Infantino berkata: “Saya boleh memberikan jaminan kepada kamu bahawa itulah satu satunya permainan asli dengan nama FIFA yang akan tersedia untuk dimainkan oleh peminat FIFA.”

“FIFA adalah satu satunya nama global dalam dunia permainan video bola sepak dengan judul asli. FIFA 23, FIFA 24, FIFA 25 dan FIFA 26, dan seterusnya, selagi lagi ianya ada nama FIFA, ianya akan kekal selamanya dan kekal yang terbaik.”

FIFA sudah berbincang dengan beberapa studio pembangun permainan bola sepak untuk menyaingi EA pada masa akan datang.

FIFA memberikan jaminan bahawa, permainan mereka akan memberikan peminat lebih keseronokan dengan membentuk pasukan mereka sendiri untuk Piala Dunia. Jadi FIFA tidak melihat ada sebarang masalah pada mereka walaupun kehilangan banyak hak eksklusif pada kelab dan pemain bintang.

FIFA memberikan bayangan bahawa permainan FIFA yang baharu akan dikeluarkan tidak lama selepas FIFA 23 dikeluarkan kelak.

FIFA turut memberikan bayangan bahawa, Piala Dunia Wanita dalam permainannya.