FIFA Puji Keramahan Dan Sikap Sporting Rakyat Indonesia Sepanjang Penganjuran Piala Dunia B-17

Presiden FIFA Gianni Infantino memuji keramahan dan sikap sporting ditunjukkan penyokong Indonesia sepanjang Piala Dunia B-17 di negara itu.

Gianni Infantino merumuskan penganjuran kali ini sebagai cemerlang dan sangat berjaya.

Piala Dunia B-17 2023, secara rasmiya menutup tirainya dengan Jerman bergelar juara setelah menewaskan Perancis pada penentuan penalti di final.

Gianni Infantino merakamkan pujian dan penghargaan ke atas Indonesia. Dia memberikan pujian kepada jawatankuasa penganjur yang berjaya menyiapkan persediaan dan penganjuran yang dianggap sempurna.

Gianni berkata: “Kejohanan ini adalah pertandingan yang sangat sengit dan kali pertama Jerman memenangi Piala Dunia B-17 FIFA selepas perlawanan akhir yang sangat sengit menentang Perancis.”

“Tahniah kepada Jerman, anda boleh berbangga dengan pencapaian ini. Dan masa depan kelihatan cerah untuk anda semua.”

Selepas penyerahan trofi, Presiden FIFA turut melahirkan pujian kepada rakyat Indonesia sebagai tuan rumah.

Presiden FIFA berusia 53 tahun ini juga mengakui sangat kagum dengan cara masyarakat Indonesia mengalu-alukan dunia luar.

“Indonesia telah menjadi tuan rumah yang hebat. Mereka memberi kami sambutan hangat dan layanan seperti yang lain,” kata Gianni Infantino.

Dan beliau sangat terharu dengan sambutan rakyat Indonesia ke atas kejohanan itu. Di mana sepanjang kejohanan, sebanyak 500,000 tiket terjual.

FIFA menyatakan bahawa purata kehadiran penyokong sebanyak 11,000 untuk setiap perlawanan itu mengatasi sasaran purata 10,000 diletakkan FIFA sebelum ini.

“Kami mempunyai lebih 1,000 sukarelawan dan jumlah rekod penonton di stadium. Ia banyak, hampir setengah juta orang datang ke permainan itu,” kata Gianni Infantino lagi.

“Apa yang mengejutkan kami semua ialah cara kami dialu-alukan masuk ke negara ini. Negara yang indah yang mengalu-alukan dunia.”

“Jadi, terima kasih yang tidak terhingga kepada Indonesia.”

Sebelum ini Presiden FIFA, Gianni Infantino turut berbangga kerana Indonesia ternyata mampu menjadi negara yang menyatukan dunia dengan bola sepak. Sekaligus menepis stereotaip barat bahawa negara itu ‘rasis’ setelah mereka enggan menerima kehadiran negara Isr**l di negara mereka sebelum ini. Yang membuatkan Indonesia terpaksa hilang hak penganjuran Piala Dunia B-20.