FIFA Sindir UEFA: “Mereka Pun Boleh Buat Euro 2 Tahun Sekali Selepas Ni”

Presiden FIFA, Gianni Infantino sebelum ini mendengar bantahan daripada UEFA ke atas cadangan FIFA yang mahu menganjurkan Piala Dunia setiap dua tahun sekali.

Dan kemudian, Infantino mencadangkan agar UEFA menganjurkan EURO juga dua tahun sekali agar sama adil.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin sebelum ini sudah menyatakan bahawa UEFA akan memboikot kejohanan tambahan dalam kalendar FIFA.

Pemain seperti Kylian Mbappe antara yang menentang idea ini kerana menurutnya, Piala Dunia 4 tahun sekali adalah yang terbaik dan eksklusif.

Mbappe berkata: “Piala Dunia adalah benda yang istimewa, 4 tahun sekali. Jika kamu ada piala dunia 2 tahun sekali, ianya akan menjadi normal untuk bermain bola sepak. Dan perkara itu adalah tidak normal.”

“Piala Dunia adalah perkara yang sangat hebat, sesuatu yang mungkin kamu akan bermain sekali seumur hidup.”

Namun Gianni Infantino menegaskan bahawa idea Piala Dunia 2 tahun sekali sangat baik dan akan memberikan lebih pendapatan kepada persatuan bola sepak di bawah naungannya.

Menurut Infantino, UEFA pasti akan tertarik untuk meniru idea Piala Dunia 2 tahun sekali selepas ini.

Terutama sekali Euro merupakan salah satu acara berprestij di dunia. Infantino berkata: “Kalau Piala Dunia dua tahun sekali, maka Euro pun boleh dianjurkan secara dwitahunan.”

“Di Eropah mereka mungkin tak menyokong idea ini kerana mereka ada ‘Piala Dunia’ setiap minggu kerana pemain pemain terbaik dunia bermain dalam liga mereka. Namun keadaan berbeza di negara lain.”

Infantino kemudian menafikan bahawa idea Piala Dunia dua tahun sekali adalah daripada kepala otak beliau.

“Itu bukan idea saya, tetapi itu adalah idea dan cadangan FIFA selepas satu kajian dibuat atas permintaan 166 negara.”

“88% negara, termasuk majoriti di Eropah telah meminta agar kami melakukan kajian. Dan hasil kajian menyatakan bahawa, dari sudut pandangan secara kesukanan, Piala Dunia dua tahun sekali adalah boleh dilakukan.”

“Ianya akan mengurangkan aksi antarabangsa, namun memberikan impak lebih besar.”

FIFA juga berikrar akan menyerahkan tambahan $19 juta setiap empat tahun kepada 211 ahli gabungannya jika idea ini terlaksana.

FIFA sangat berharap, terutama sekali negara yang lebih kecil untuk menyokong rancangan mereka mahukan Piala Dunia 2 tahun sekali.

Gianni Infatino menegaskan: “Jika kita mahu generasi muda terus meminati bola sepak, kita perlukan Piala Dunia 2 tahun sekali.”

Laporan oleh penyelidik bebas Nielsen, menganggarkan kira-kira $4.4 bilion hasil tambahan akan dijana dalam tempoh empat tahun menerusi idea ini – daripada purata $7 bilion kepada $11.4 bilion, peningkatan lebih daripada 60 peratus.

Namun UEFA pastinya tidak selesa dengan idea ini kerana mereka yang akan merasai kesannya. Kerana berdasarkan kajian oleh UEFA, mereka akan menelan kerugian sekitar $2.8 billion sehingga $3.4 bilion setahun kerana idea Piala Dunia dua tahun sekali ini,

Berlaku banyak kekangan untuk mengadakan acara UEFA selepas ini kerana keutamaan adalah kepada Piala Dunia.

Jadi, perang siapa nak kaya lebih berlaku antara UEFA dan FIFA.

Apa yang pasti, FIFA sudah berjanji dengan ikrar akan memberikan wang berbelas juta kepada ahlinya. Cuma kita harus ingat, itu adalah janji FIFA.

 

Baca yang lain