FIFA Umum Piala Dunia Kelab 32 Pasukan, Dan Perlawanan Super Series Antarabangsa

FIFA selaku badan induk bola sepak dunia ingin mengadakan pertandingan ala liga domestik. Dan kejohanan itu seolah olah akan menjadi pesaing kepada Liga Juara-Juara Eropah.

Sebelum ini UEFA membidas idea Liga Super Eropah yang dianggap usaha pemisahan kelab besar eropah daripada UCL. Kecaman UEFA itu disokong oleh FIFA.

Dan kini FIFA pula sedia melancarkan pertandingan Piala Dunia kelab yang akan melibatkan 32 pasukan.

Pada format semasa, Piala Dunia Kelab pada masa ini hanya menampilkan tujuh pasukan – dengan pemenang setiap trofi paling berprestij konfederasi bersaing untuk merebut gelaran global – tetapi format itu akan dikaji semula.

Gianni Infantino sudah membayangkan ianya akan menjadi seperti format Piala Dunia 32 pasukan yang ada sekarang.

Infantino telah berkata: “Seperti yang anda akan ingat, kami telah bersetuju beberapa tahun lalu untuk mengadakan Piala Dunia Kelab lelaki baharu dengan 24 pasukan. ”

“Ini sepatutnya berlaku pada 2021 [tetapi] ditangguhkan kerana Covid. Oleh itu, Piala Dunia Kelab lelaki baharu akan berlangsung pada 2025 dan akan menampilkan 32 pasukan, pasukan terbaik di seluruh dunia.”

“Sudah tentu, butiran masih perlu dibincangkan dan dipersetujui, tetapi kejohanan 32 pasukan akan diteruskan, menjadikannya benar-benar seperti Piala Dunia Kelab sebenar.”

Infantino seterusnya mendedahkan bahawa Piala Dunia Kelab 2023 akan diadakan di Maghribi, sambil turut mengumumkan rancangan untuk Piala Dunia Kelab Wanita baharu dan pelancaran Siri Dunia FIFA – yang akan membolehkan negara terkemuka dari seluruh dunia untuk bersaing secara lebih teratur.

Ianya mirip kepada pertandingan Super Series dalam badminton sebelum ini.

Dia menambah: “Kepentingan mengadakan perlawanan antara pasukan kebangsaan dari benua yang berbeza adalah lebih teratur, idea tentang itu, prinsipnya, telah dipersetujui dan dihuraikan. ”

“[Rancangan] adalah untuk menggunakan jendela Mac, pada tahun genap, tahun Piala Dunia, tahun Euro dan tahun Copa America, dan menganjurkan kejohanan persahabatan antara empat pasukan daripada empat konfederasi berbeza.”

“Supaya dengan cara itu semua orang boleh menimba pengalaman ini bermain antara satu sama lain.”

“Sudah tentu, ianya di bawah seliaan FIFA, menjadi acara Siri Dunia FIFA.”

Tindakan FIFA ini mungkin akan membuatkan beberapa liga domestik akan bergelut dengan jadual liga yang sangat padat.

 

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi