FIFA dengan berbesar hati mengemaskini ranking terbaru pasukan Malaysia adalah di tangga ke-130. Ianya peningkatan sebanyak 7 anak tangga.
Malaysia melalui 2 perlawanan antarabangsa yang sangat cemerlang pada beberapa minggu lalu.
Di mana dalam dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026, Malaysia menewaskan pasukan di ranking 100 teratas dunia iaitu Rep Kyrgyz dan juga berdepan pasukan Taiwan atau Chinese Taipei.
Ketika itu Rep Kyrgyz berada di tangga ke-97 sedangkan Malaysia berada di ranking ke-137.
🇲🇾 Malaysia have climbed SEVEN places to No. 130!#FIFARanking https://t.co/VFzRMTmHW9 pic.twitter.com/AeJ1aYKMhe
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 30, 2023
Kim Pan Gon sebelum ini menyatakan bahawa sasaran untuk berada dalam kalangan 100 terbaik dunia tidak mustahil dengan kualiti pasukan yang ada.
Kim Pan Gon benar benar membantu menaikkan prestij bola sepak Malaysia sejak mengambil alih tugasan tersebut.
Ranking Harimau Malaya | 30 November 2023
Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 130 dunia, berjaya naik 7 anak tangga berbanding 137 pada kemas kini terdahulu, 26 Oktober 2023.
* Kemas kini seterusnya 21 Disember 2023#FAM #HarimauMalaya #FIFARanking pic.twitter.com/qLCNGBnmfF
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 30, 2023
Jepun adalah pasukan terbaik dari Asia dengan berada di tangga ke-17 sementara Iran di tangga le-21. Korea Selatan di ranking ke-23.
Untuk pasukan Asia Tenggara, Vietnam kekal terbaik dan menjadi satu satunya wakil Asia Tenggara di kalangan 100 teratas dengan berada di tangga ke-94.
Thailand turun ke tangga ke-113 dan Indonesia turun ke tangga ke-146.
Sementara itu secara global, Argentina dan Perancis kekal di ranking pertama dan kedua dunia. England pula naik ke tangga ketiga.
Belgium naik ke tangga keempat dengan Brazil turun ke tangga kelima dalam ranking dunia FIFA pada masa ini.
The latest #FIFARanking is here! 💫
Tap the table to read more.
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 30, 2023