Filem 1917 Tendang Rise The Rise of Skywalker Jauh-Jauh Untuk Kutipan Minggu Pembukaan

Filem perperangan 1917, telah berjaya pecah panggung pada minggu petama tayangannya.

Kejayaan pada Golded Globes Award yang lalu juga banyak membantu filem ini terus menguasai carta box office terutama sekali di UK.

Filem arahan Same Mendes ini telah meraih sekitar $36.5 juta pada minggu pembukannya di Amerika Syarikat.

Angka yang cukup besar untuk menewaskan Star Wars: The Rise of Skywalker daripada kedudukan teratas.

Rise of Skywalker kini berada di tangga kedua dengan $15.1 pada minggu pembukaan.

Felem 1917 memakan kos pembikinan sekitar $20 juta, tetapi kini ia sudah mengatasi ramalan ramai pihak.

Berikut adalah carta 10 teratas untuk pecah panggung minggu pertama untuk beberapa filem terbaru.

1. 1917 $36,500,000
2. Star Wars: The Rise of Skywalker $15,059,000
3. Jumanji: The Next Level $14,000,000
4. Like a Boss $10,000,000
5. Just Mercy $10,000,000
6. Little Women $7,650,000
7. Underwater $7,003,000
8. Frozen 2 $5,761,000
9. Knives Out $5,725,000
10. Spies in Disuise $5,108,000

Filem ini berlatarkan peristiwa yang beraku di utara Perancis. Ia memberi tumpuan kepada dua askar muda British, bernama Schofield (yang dilakonkan oleh George MacKay) dan Blake (Dean-Charles Chapman).

Ada dua orang askar British muda, diberikan satu misi mustahil semasa Perang Dunia Pertama. Mereka perlu menyampaikan satu mesej di dalam satu kawasan tengah-tengah wilayah musuh.

Di samping MacKay dan Chapman, pelakon lain dalam filem ini termasuk Sherlock Benedict Cumberbatch, Andrew Scott serta Richard Madden.

Kezia Williams, Pengarah Urusan, UK, Filem untuk eOne berkata “Mewakili pihak seluruh pasukan di eOne, kami sangat gembira melihat 1917 mencapai pembukaan yang hebat di box office UK hujung minggu ini.”

“Ia satu gambaran yang menggembirakan tentang sihatnya industri perfileman dan bukti kekuatan untuk menikmati pengalaman tontonan skrin besar.”

“Tahniah kami kepada Sam, Pippa dan seluruh pasukan pembikinan filem ini, di atas pencapaian yang luar biasa dan sangat berharga.”

1917 juga telah memperoleh beberapa pencalonan Oscar – termasuk Screenplay Asal terbaik, Pengarahan Terbaik dan anugerah Best Picture yang menjadi rebutan semua pengarah.

Ia juga dicalonkan di BAFTA, termasuk dalam kategori Filem Terbaik, Filem British Cemerlang, Pengarah dan Skor Asal Terbaik.

Filem 1917 telah mulai dibandingkan dengan Saving Private Ryan. Mendes mengakui filem ini memerlukan kerja keras untuk menghasilkan shot terbaik.

Namun selepas melihat hasilnya, beliau sangat berpuas hati dan menganggap segalanya sudah terbayar.

Baca yang lain