Bekas rakan sepasukan Eden Hazard di Chelsea, Filipe Luiz mendedahkan bahawa Eden Hazard seorang pemain yang sangat berbakat namun beliau tidak bercita cita tinggi.
Itu yang menghalang Eden Hazard menjadi pemain terbaik dunia seperti Lionel Messi.
Luiz menganggap Hazard terlalu kasual dan santai dengan bakat yang beliau miliki. Malah sebelum perlawanan bermula, Hazard sempat bermain seround dua permainan Mario Kart.
Hazard kadangkala memanaskan badannya dengan kasut yang tak diikat.
Luiz berkata: “Eden Hazard adalah sebaris Neymar, pemain terbaik yang saya pernah bermain bersama dalam pasukan – setaraf dengan bakat Lionel Messi.”
“Hazard tidak berlatih bersungguh sungguh. Lima minit seelum perawanan bermula, dia semat bermain Mario Kart di bilik persalinan.”
“Hazard boleh memanaskan badannya dengan kasut yang tak diikat. Namun di atas padang, tetap tiada seorang pun yang mampu merampas bola daripadanya.”
"He would be playing Mario Kart five minutes before a game!" 🤣
All the talent in the world… but does Eden Hazard lack ambition? 🤔 pic.twitter.com/kRTW1JHxu7
— Goal (@goal) February 22, 2021
“Dia mampu menggelecek melepasi 3 atau 4 orang pemain dan memenangi perlawanan dengan seorang diri.”
“Hazard sangat berbakat. Namun mungkin dia hanya kurang bercita cita tinggi untuk menyatakan: ‘Saya akan menjadi pemain terbaik di dunia’. Kerana sebenarnya dia mampu melakukannya.”
Hazard pernah cetak hatrik dalam keadaan masih mabuk
Hazard memang seorang yang sangat santai dan pernah sekali beliau menjaringkan hatrik selepas mabuk semalaman.
Bekas rakan sepasukannya di Lille, Rio Mavuba berkongsi kisah bagaimana Eden Hazard pernah bermain dalam keadaan masih mabuk tetapi tetap mencetak hatrik dalam masa 30 minit.
Rio Mavuba: "Eden Hazard played for Lille drunk and still scored three in half an hour" https://t.co/x3UB4Si6hb pic.twitter.com/vnNtJhMNAu
— AS English (@English_AS) December 28, 2016
Peristiwa itu berlaku pada 2012, ketika Lille beraksi aksi terakhir liga mereka menentang Nancy.
Pada malam sebelum perlawanan, Hazard mengajak rakan rakannya berparti dan mabuk sehingga lewat pagi. Ianya adalah parti perpisahan Hazard sebelum beliau ke Chelsea dan ianya dihadiri rakan rakannya seperti Joe Cole, Dimitri Payet dan Mathieu Debuchy.
Mavuba berkata “Kami sudah pasti sah berada di tempa ketiga dan Nancy bukan perlawanan penting lagi. Kami pun pergi minum-minum dan pagi harinya Hazard masih mabuk.”
“Dia juga tidak tidur. Eden Hazard minum dan mabuk sepanjang malam, namun mampu membuat hatrik dalam 30 minit. Kami yang sedar cuma saling berpandangan satu sama lain dalam keadaan kehairanan.”