Filosofi Taktikal: Frank Lampard Dan Ketidakyakinannya Kepada Box To Box Inggeris

Box to box merujuk kepada pemain tengah yang bergerak dari kotak ke kotak dalam padang. Termasuk kotak gol, kotak penalti, dan semua bahagian.

Frank Lampard merupakan box to box Inggeris yang unggul memiliki rekod jaringan luar biasa.

Di bengkungnya ada rekod sebagai pemain tengah dengan rekod gol terbanyak di liga Inggeris.

Ranking penjaring gol sepanjang zaman dalam EPL:

  1. Alan Shearer – 260 gol
  2. Wayne Rooney – 208 gol
  3. Andrew Cole – 187 gol
  4. Sergio Agüero – 180 gol
  5. Frank Lampard – 177 gol
  6. Thierry Henry -175 gol
  7. Robbie Fowler  – 163 gol
  8. Jermain Defoe – 162 gol
  9. Michael Owen – 150 gol
  10. Les Ferdinand – 149 gol
  11. Teddy Sheringham – 146 gol
  12.  Robin van Persie – 144 gol

Oleh itu di dalam pengurusan taktikalnya, Lampard kita pasti menggambarkan Lampard mahu mengekalkan DNA Inggeris yang kuat ini.

Salah satu sebab paling logik kita fikirkan, kerana dia adalah pakarnya dan dia boleh turunkan kepakarannya kepada para pemainnya.

Formasi pilihan

Lampard merupakan penggemar kepada sistem 4-3-3 dengan lone pivot.

Untuk perlawanan yang memerlukan lebih stabiliti, Lampard menggunakan juga sistem double pivot dalam 4-2-3-1 ataupun sebagainya.

Secara asasnya Lampard mengekalkan sistem destroyer yang disemai oleh Sarri pada Chelsea dengan menggunakan Jorginho.

Beliau akan menggandingkan pemain DM dengan dua pemain tengah ofensif yang peranannya adalah no.8 bukannya box to box.

Mason Mount kerapkali menjadi pilihannya. Dan kemudian N’golo Kante dikekalkan peranannya sebagai no.8. Kecuali Jorginho tak bermain baru Kante bermain di role nombor 6.

Tiada sistem box to box yang aktif

Jika di Liverpool Klopp ada Henderson dan di City, Pep ada De Bruyne yang diletakkan sebagai box to box.

Di Man United ada Paul Pogba walaupun masih tidak konsisten kerana banyak isu berkaitan dengan taktikal dan kecergasan beliau.

Namun di Chelsea, pendekatan Lampard di tengah adalah lebih statik. Tiada perubahan daripada sistem Sarri sebelum ini.

Jorginho masih menjadi deep lying playmaker, dan Mason Mount serta Kovacic yang akan bermain di peranan lebih seimbang / balance.

Kovacic jelas sekali pemain yang boleh beraksi sebagai box to box. Namun beliau dihadkan agar tidak terlalu naik terlalu jauh ke atas.

Calon lain untuk bermain role box to box adalah Kante. Pemain yang dibentuk oleh Sarri agar menjadi attacking player daripada rigid no.6.

Seterusnya Ross Barkley terang terang memang box to box. Tapi tetap bukan pilihan utama.

Kenapa Lampard tidak yakin dengan box to box?

Mungkin ada perasaan insecure dan dia tidak rasa ada pemain boleh bermain seperti mana dia bermain dahulu?

Itulah masalahnya apabila seorang itu sangat pakar dalam bidangnya. Mereka kadangkala sukar mempercayai orang lain untuk melakukan tugasan itu.

Jawapan paling mudah yang dapat saya fikirkan adalah set of players.

Di mana Lampard tahu, untuk bermain dengan seorang box to box perlukan satu set pemain tengah yang serba faham peranan mereka.

Lihat sahaja di Man United, walaupun mereka memiliki salah seorang box to box terbaik dunia iaitu Paul Pogba, namun mereka struggle nak unlock yang terbaik jika sistem itu masih tak bagus.

Kehadiran Bruno Fernandes mungkin akan membolehkan United unlock yang terbaik daripada Pogba musim hadapan? Kerana kedua duanya boleh bermain box to box.

Musim ini Bruno dan Pogba baru sahaja bergandingan.

Secara taktikal, Mount masih belajar dan Kante bukan creative runner.

Jadi, bayangkan dia arahkah Kovacic bermain advance dalam sistem box to box. Apa jadi kepada Jorginho?

Kenapa dia tak letak Kante di no.6?

Ianya kerana Lampard perlukan hantaran pivot daripada Jorginho. Benda yang Kante tak ada.

Namun dari segi defensif, memang Jorginho lemah. Statistik pertahanan Chelsea musim ini bukti jelas. Back 4 mereka kurang perlindungan.

Adakah Lampard akan menggunakan sistem box to box?

Karier Lampard masih jauh di Chelsea. Beliau mungkin hanya akan menggunakan sistem ini apabila sudah mendapat set pemain yang betul.

Ketika itu barulah seorang midfielder box to box yang sepenuh masa akan mendapat tunjuk ajar daripada pakarnya.

Tetapi trend pembelian pemain oleh Lampard pula dikaitkan dengan pure no.10, Kai Havertz. Memungkinkan beliau tidak terdesak nak bermain box to box.