Final 1 AFF 2022: Thailand Bawa 2 Gol Tempat Lawan, Vietnam Elak Kalah Minit Minit Akhir

Vietnam nampaknya perlu menjaringkan gol pada perlawanan final kedua Piala AFF 2022.

Ini selepas mereka melepaskan 2 gol tempat lawan kepada Thailand. Menyaksikan mereka hampir sahaja kalah di tempat sendiri.

Vietnam turun dengan misi untuk merampas kejuaraan dari Thailand.

Perlawanan kedua dua pasukan adalah seimbang. Dengan penguasaan bola yang dikongsi tidaklah besar jurangnya.

Nguyen Tien Linh meneruskan rekod cemerlangnya dalam pusingan kalah mati.

Selepas menyusahkan Indonesia dengan 2 golnya dalam aksi separuh akhir kedua, sehingga Indonesia tersingkir, kali ini dia membuka tirai jaringan untuk Vietnam pada minit ke-24 menerusi tandukan kemas.

Dia hampir menambah jaringan lagi selepas itu, namun dibatalkan kerana mengasari penjaga gol lawan terlebih dahulu.

Tersentak dengan jaringan itu, Thailand memperkemaskan aksi mereka di separuh masa kedua.

Gawang Vietnam yang kebal sepanjang pertandingan AFF 2022 akhirnya bocor jua.

Di mana hanya selepas 3 minit perlawanan separuh masa kedua bersambung, Poramel Arjvirai menerima hantaran panjang dari belakang dan menjaringkan gol penyamaan.

Itulah kali pertama Dang Van Lam dibolosi selepas 588 minit aksi.

Thailand kemudian mendahului menerusi Sarach Yooyen pada minit ke-63. Sekali lagi berpunca daripada kelonggaran pertahanan Vietnam.

Theerathon melakukan hantaran killer yang tepat untuk diterima Sarach Yooyen dan gol.

Vietnam tidak berputus asa, dan mereka akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-88 menerusi rembatan deras Vu Van Than berpunca daripada kegagalan Thailand mengeluarkan bola daripada situasi bola mati Vietnam.

Tiada tambahan gol lagi di antara kedua dua pasukan. Vietnam 2 Thailand 2. Sebenarnya Ekanit Panya memiliki peluang keemasan untuk menaringkan gol kemenangan Thailand pada serangan terakhir mereka menerusi satu serangan balas yang berpunca daripada kesilapan pemain Vietnam.

Namun Dang Van Lam membuktikan kenapa dia penjaga gol terbaik kejohnanan setakat ini

Aksi final kedua ataupun grand finale akan berlangsung 3 hari akan datang pada 16 Januari 2023;

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi