Final Piala AFC: Gol Terus Dari ‘Corner’, KL City Tewas Di Tangan Al Seeb

KL City terpaksa akur dengan kehebatan Al Seeb dalam aksi final Piala AFC 2022.

Di mana anak anak buah Bojan Hodak kalah dengan skor 0-3 kepada jaguh Oman itu.

KL City memulakan perlawanan dengan agak baik. Mereka mencipta beberapa peluang termasuk peluang keemasan yang gagal disempurnakan oleh Zhafri Yahya.

Percubaan Zhafri dihadang oleh pertahanan Al Seeb.

Zhafri memiliki satu lagi peluang selepas itu dengan percubaannya ke near post ditepis oleh penjaga gol Al Rawahi.

Al Seeb di hadapan pada minit ke-22 menerusi Al Al Busaidi. Di mana sepakan penjuru pemain itu terus menerjah gawang selepas Kevin Mendoza gagal memenangi bola tinggi.

Penyokong KL City meminta semakan VAR dengan jeritan ‘VAR, VAR’. Namun pengadil mendapat pengesahan dari bilik VAR bahawa gol itu bersih dan tidak perlu untuk disemak di monitor.

Al Seeb menambah satu lagi gol pada separuh masa pertama menerusi Albdulaziz Al Muqbali pada minit ke-37.

Kali ini kelekaan pertahanan pertahanan KL City menyaksikan pemain itu dengan mudah menerima bola di hadapan gol dan melakukan free header.

Separuh masa pertama berakhir dengan 0-2 memihak pelawat.

Bojan Hodak cuba mengarahkan para pemainnya untuk lebih intensif pada separuh masa kedua. Namun Al Seeb terus tampil lebih dominan.

KL City beberapa kali cuba melakukan permainan lebih direct namun ketumpulan di hadapan gol menghantui mereka.

Al Seeb sebaliknya mendapat gol ketiga menerusi Muhseen Al Ghasani pada minit ke-69 untuk memastikan kelab Oman itu selesa dengan 3 gol.

Di mana dia bertindak solo dalam kotak penalti dan menewaskan Mendoza dengan keyakinan di near post.

Tiada tambahan gol daripada kedua dua pasukan selepas itu. Al Seeb rasminya dinoabatkan sebagai juara Piala AFC 2022.

Apapun, syabas juga kepada KL City FC yang sudah mengorak langkah sehingga ke final Piala AFC pada edisi kali ini.

Ini menjadikan mereka sebagai kelab Oman pertama memenangi Piala AFC.