Fiorentina Reject Tawaran United Nak Loan Amrabat €2 juta Secara Ansuran

Fiorentina telah menolak tawaran Man United untuk mendapatkan Amrabat secara pinjaman. Alasan utama adalah cadangan pembayaran yang dianggap tidak munasabah.

United cuma menawarkan €2 juta / £1.72 juta untuk meminjam pemain itu semusim. Namun mereka mahu membayarnya secara ansuran. Setakat ini masih tiada bidaan rasmi untuk pemain itu.

Namun tawaran itu hanyalah cadangan awal daripada Man United yang jelas tidak menggembirakan Fiorentina dan pengurusan kelab Itali itu dikatakan terkejut dengan tawaran seperti itu.

Sofyan Amrabat sudah lama menunggu Man United sejak Jun lalu. Dan dia sudah ponteng beberapa siri latihan rasmi kelab dan tidak terlibat dalam perlawanan pasukannya.

Ini kerana dia menunggu Man United datang membidanya secara rasmi dan sedia pergi ke kelab itu.

Manchester United sebelum ini mahu membeli pemain itu secara tetap. Namun mereka mahu menjual dahulu beberapa pemain sebelum membeli Amrabat.

Malangnya, kelab itu terus gagal menjual McTominay atau Harry Maguire.

Kini Man United sedia untuk mendapatkan pemain tengah Maghribi itu secara pinjaman dengan usaha untuk memasukkan klausa pembelian tetap.

Pengurusan Man United menyatakan mereka tidak boleh membeli pemain itu £20 juta secara terus kerana FFP.

Peminat kecewa dengan pengurusan Man United yang dianggap cuba mengaburi mereka dengan alasan FFP.

Manchester United masih yakin bahawa mereka akan berjaya mendapatkan Sofyan Amrabat pada hari terakhir jendela perpindahan.

Erik Ten Hag benar benar terdesak mahukan Amrabat kerana kehilangan pemain tengah seperti Fred dan juga cuma memiliki Casemiro sebagai pemain tengah yang benar benar mampu bermain secara defensif.