Roberto Firmino berkongsi detik ketika perbalahan antara Sadio Mane dan Mohamed Salah ketika kemenangan 3-0 ke atas Burnley. Di mana ketika itu Sadio Mane benar benar bengang dengan Mo Salah yang tidak menghantar bola kepadanya – sedangkan Mane di kedudukan terbaik untuk menjaringkan gol.
Daripada perkongsian Firmino, jelas sekali dia adalah orang yang berkorban untuk pasukan lebih dariapa Sadio Mane dan Salah demi mendapatkan yang terbaik daripada kedua dua pemain itu dan kelab.
Berikut perkongsian Firmino:
“Kenapa saya buat muka seperti itu? Saya pun tak tau. Namun ianya kelakar. Sehingga ke hari ini, meme itu masih orang hantar ke telefon saya termasuk di media sosial. Kami di terowong, menuju ke bilik persalinan selepas kemenangan selesa 3-0 ke atas Burnley.”
LOLLLLLL pic.twitter.com/fxdNdwK0Lp
— georgia (@gexrgiamay) August 31, 2019
“Suasana masa itu benar benar tegang walaupun keputusan yang bagus. Perlawanan itu diingati dengan kemarahan Sadio Mane ketika dia dikeluarkan pada minit akhir perlawanan. Kamera merakam segalanya. Sadio bukan sahaja bengang dikeluarkan awal, tetapi kerana insiden terdahulu dengan Mohamed Salah, yang cuba melakukan percubaan sedangkan dia sepatutnya menghantar bola mudah kepada Mane yang kosong di dalam kotak penalti.”
“Ya, bahasa Inggeris saya kurang sikit, jadi saya tak tahu nak cakap apa sebenarnya Mane jerit ketika dia dikeluarkan. Namun ianya bukan benda elok. James Milner menenangkan Sadio Mane, tetapi Sadio terus bengang, duduk di kerusi simpanan dengan marah sekali, menunjukkan reaksi marahnya lagi dan lagi.”
Roberto Firmino has spoken about the tensions between Sadio Mané and Mohamed Salah during the trio's time at Liverpool 😦 pic.twitter.com/73OQBzaxZc
— ESPN UK (@ESPNUK) November 9, 2023
“Saya kenal mereka ini, lebih daripada orang lain. Saya adalah orang yang berada di tengah tengah antara mereka. Saya melihat reaksi pertama Mane, bahasa tubuhnya, keckewcewaannya, ketika seorang sedang marah kepada yang seorang lagi. Saya boleh merasainya.”
“Saya menjadi talian penghubung antara mereka berdua di barisan serangan dan menjadi ‘abang bomba’ untuk memadamkan api pada masa itu. Sebenarnya itulah kali pertama dan terakhir Sadio dan Mo bertengkar. Tetapi saya tahu, saya sudah bercampur dengan mereka sejak 2018/19. Dan naluri saya menyatakan bahawa, itu adalah tugas saya untuk meredakan keadaan antara mereka. Menyimbah air pada api yang menyala – jangan sesekali menyimbah petrol.”
“Detik tegang biasanya berlalu cepat. Pada perlawanan berikutnya, mereka berdua akan menghantar bola antara satu sama lain, atau menghantar kepada saya, dan saya pun menghantar kepada mereka, dan kami meraikan gol antara kami. Bersama sama.”
Former Liverpool forward Roberto Firmino has revealed there were tensions between Sadio Mane and Mohamed Salah during their time together at the club👇 pic.twitter.com/UvksDYGqS9
— Sky Sports News (@SkySportsNews) November 9, 2023
“Salah dan Mane sebenarnya ada sedikit masalah sebelum itu, pada masa itu, dunia menyaksikan apa yang berlaku di atas padang. Pada hari itu di Burnley ianya meletus.”
“Ketika kami berjalan di tangga, mood masa tu tengah panas, tak seronok langsung walaupun menang, kemenangan keempat kami dalam aksi EPL. Dan saya berada di tengah tengah mereka sekali lagi. Di belakang Salah dan di hadapan Mane. Kamera merakam betul betul dekat kami bertiga. Ketika saya melihatnya, saya tak dapat menahan diri daripada tersenyum, membuat muka yang menggambarkan sesuatu seperti: ‘Korang nampak tak? Ada perkara berlaku antara mereka berdua, namun jangan risau, tiada apa pun.'”
Après sa saison 17/18 on a tous vu que c’était devenu un crevard mdrrr mais des gens refusaient de l’admettre.
Quand ils s’embrouillent en 2019, que Mane sort et qu’ensuite on voit Firmino consoler Mane c’était pourquoi à votre avis ? Mdr même Firmino savait wsh. https://t.co/eAvdKlhFhb pic.twitter.com/x8yRtomGxI
— These Bitches Love Ibou 🤟🏾😈 (@BramsBlueMagic) November 9, 2023
“Perbalahan antara mereka tidak kelakar ye. Ia berpotensi memberikan masalah kepada kami. Namun saya membuat wajah pelik itu menggambarkan bahawa saya tahu ianya tidak akan menimbulkan masalah lebih besar. Bos [Jurgen Klopp] dan beberapa pemain lain pun dah mulai risau. Saya tak risau. Saya melihat peminat Liverpool pula ketawa melihat reaksi wajah saya, itu telah meletakkan perasaan risau itu di tepi dulu dan meraikan kemenangan dengan kawan kawan mereka.”
“Salah membuatkan semua orang kecewa masa tu sebab tak pass bola. Saya tahu cara kendalikan situasi ini, lebih baik berbanding yang lain. Klopp membangkitkan isu ini di hadapan kami semua. Bos berkata, kalau ada rakan di posisi lebih baik, maka sila hantar bola kepadanya. Kenyataan itu jelas ditujukan kepada Salah.”
“Dalam beberapa tahun, saya harus katakan aspek permainan kami meningkat dengan mendadak. Salah telah banyak belajar untuk tidak terlalu tamak dan lebih bekerjasama. Namun dia seorang penyerang, penjaring gol dan semua penjaring gol itu tetap akan ada rasa tamak dalam diri mereka untuk mengejar gol. Itu benda biasa.”
Roberto Firmino reveals there were tensions between Mo Salah and Sadio Mane when they were at Liverpool… pic.twitter.com/UjmB1ZAMOM
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) November 9, 2023
“Di antara mereka, Mane lebih agresif sama ada dalam keadaan baik atau tidak baik. Dia seorang yang cepat meletus, dan dia juga orang yang paling saya senang bercakap apa sahaja untuk membincangkan isu ini. Saya selalu bercakap dengannya, memberikannya nasihat, cuba menenangkannya. Saya menasihatinya untuk berdamai, bermain demi pasukan dan dia kena relaks sikit.”
“Mereka tak pernah menjadi kawan baik dalam pasukan, mereka berdua buat kerja masing masing. Sangat jarang melihat mereka berdua bersembang. Dan saya tak pasti sama ada kerana ada perseteruan antara Senegal dan Mesir di Piala Afrika? Saya tak tahu. Tetapi mereka juga sentiasa menunjukkan sikap yang sangat profesional.”
Firmino on Mane and Salah’s relationship: “They were never best friends; each kept himself to himself. It was rare to see the two of them talking and I’m not sure if that had to do with the Egypt–Senegal rivalry in African competitions. I truly don’t know. But they also never… pic.twitter.com/n3DoLRcdeU
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) November 9, 2023
Perbalahan antara Salah dan Mane cepat selesai kerana Firmino. Kerana pada aksi berikutnya kedua duanya kembali meraikan gol antara satu sama lain.
Firmino meneruskan: “Saya pula tak pernah memihak kepada siapa sapa. Sebab itu mereka berdua sangat sayangkan saya. Saya sentiasa menghantar bola kepada mereka tanpa banyak fikir. Sebab keutamaan saya adalah kemenangan buat pasukan. Ramai yang fokus tentang peranan saya secara taktikal, namun paling penting, peranan saya sebagai seorang insan, saya adalah pendamai dan penghubung antara mereka. Jika saya tidak melakukannya, boleh menyebabkan masalah besar di atas padang.”
“Mungkin sebab itu saya adalah orang yang paling kerap digantikan oleh Klopp. Antara kami bertiga ada personaliti berbeza dan bos tahu tu. Saya seorang yang tak akan pernah membaling botol ketika dikeluarkan. Jika saya terkilan, saya akan bercakap secara tertutup dengan Klopp selepas itu. Jika pasukan perlu membuat pertukaran, sentiasa mudah untuk untuk menggantikan Bobby berbanding 2 lagi mereka.”
Roberto Firmino: the truth behind the Salah-Mané relationship at Liverpool https://t.co/CZXKhfnHlH
— Guardian sport (@guardian_sport) November 9, 2023
“Semua orang, temasuk pemain lain, tahu bagaimana ianya berlaku. Secara semulajadinya, tak ada seorang yang tanya pandangan atau perasaan saya [ketika dikeluarkan]. Kerana mereka tahu itu memang sikap semulajadi saya, pasukan sentiasa diutamakan. Bos pun tahu.”
“Saya tiba di Liverpool pada musim panas 2015, Sadio Mane menyertai kami pada tahun berikutnya dan pada 2017, tiba giliran Mohamed Salah menyertai kami. Tak siapa pun antara kami bertiga tahu bahawa kami akan bersama sehingga 5 tahun bermain bersama. Klopp pernah berkata: ‘Tidak pernah dalam mimpi liar saya boleh membayangkan bahawa ianya boleh menjadi seperti itu’.”
“Dalam bola sepak, kelab berterusan mencari perkara yang sama: kemenangan dan kadangkala trofi. Mereka ada scout yang sangat besar, penganalisis perestasi dan perisian canggih. Semuanya digunakan untuk mencari formula kejayaan.”
“Ini adalah sukan yang menarik perhatian billion manusia, banyak wang dan banyak hati. Semua orang mencari pulangan maksimum dengan perbelanjaan minimum. Tetapi masih lagi kamu tak akan pernah tahu.”