Fizi Minta Maaf Dan Insaf

Dalam episod terbaru siri animasi Upin dan Ipin, ada adegan di mana watak Fizi mengungkapkan kata kata yang menyinggung perasaan adik beradik kembar Upin dan Ipin.

Ketika Mail menyatakan tentang kewajiban anak membantu ibunya, sebab syurga ada di bawah telapak kaki ibu. Mendengar pernyataan itu, Upin dan Ipin bertanya, “Bagaimana dengan anak yang sudah tak memiliki ibu?”

Tanpa berpikir panjang, Fizi berseloroh, “Tak ada lah surga,” ungkapnya. Lalu reaksi Upin dan Ipin menjadi sangat sedih. Mail pun sangat kesal dan terkejut dengan ucapan Fizi.

Adegan ini rupa-rupanya telah menuai reaksi dari warganet Indonesia. Sebahagian besar daripada mereka mengritik Fizi karena dianggap tak tahu menjaga perasaan Upin dan Ipin yang merupakan anak yatim piatu.

https://twitter.com/rollinzcl/status/1265136812885831681?s=19

Klip video adegan tersebut pun menjadi viral di media sosial selama beberapa hari. Nama Fizi bahkan masuk dalam jajaran trending topic di Twitter dengan kempen ‘Fizi Is Cancelled’.

Keadaan itu kemudian merebak ke Malaysia. Yang turut kecewa dengan sikap savage Fizi yang sudah beberapa kali melukakan hati kawan kawanya.

Sehingga ada yang meminta Fizi dibuang sekolah dan dijadikan anak yatim pula dalam watak selepas ini.

Fizi akan mohon maaf

Penerbit Upin & Ipin kemudian menegaskan mereka akan membuat permohonan maaf atas kontroversi watak Fizi dalam episod berjudul Syahdunya Syawal yang disiarkan pada Hari Raya pertama di saluran MNCTV, Indonesia.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata, pihaknya sedang dalam proses menyiapkan video permohonan maaf itu.

Bagaimanapun, Burhanuddin berkata, beliau tidak pasti sama ada video itu akan disiarkan menerusi platform mana. Beliau menyerahkan kepada MNCTV sama ada mahu menayangkan video tersebut ataupun tidak.

Bercakap kepada BH Online Beberapa hari lalu, Burhanuddin berkata: “Disebabkan watak Fizi yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan penonton dan peminat siri animasi ini, dia sendiri yang akan kita tampilkan membuat permohonan maaf.”

“Semua urusan berhubung penyiaran permohonan maaf itu kita kena berurusan dengan stesen televisyen (TV) terbabit.”

PERHATIAN!

Sempena meraikan ulangtahun kejayaan LIVERPOOL memenangi UCL tahun lepas, kami lancarkan buku yang merakam sejarah paling manis buat kelab yang akan menang EPL tak berapa lama lagi dah ni.

Buku ini adalah debut daripada Axello Tacts:

Kalau nak beli, boleh buat kat sini: https://bit.ly/liverpoolmahkotaeropah

“Diharapkan apabila permohonan maaf itu disiarkan, mereka (netizen) akan kembali ‘sejuk’… Insya-Allah.”

Burhanuddin juga melihat sudut positif di sebalik perkara itu. Ianya tanda netizen di Indonesia mengambil berat tentang Upin dan Ipin.

“Sekalipun karakter animasi ciptaan manusia, apa yang dipersembahkan seolah-olah mereka wujud di alam realiti.”

“Emosi sungguh penonton di Indonesia apabila Fizi melafazkan dialog berkenaan. Jelas mereka sebenarnya sangat sayang dengan watak Upin dan Ipin.”

“Ada sebab dialog dilontarkan Fizi termasuk babak itu diwujudkan. Ini kerana persoalan di mana syurga bagi anak yatim, terus berlegar dalam fikiran kita,” katanya.

Dan hari ini Les’ Copaque telah memuat naik episod khas Fizi meminta maaf.

Fizi menyatakan beliau sangat menyesal dan insaf di atas perbuatannya. Lalu meminta agar meminta semua orang tidak marah lagi kepadanya.

Rata rata para netizen sudah memaafkan Fizi dan menyatakan setiap orang melakukan kesilapan.

Lagipun Fizi kan budak budak. Janganlah buli Fizi lagi.