Fizi Sedia Tampil Minta Maaf Terbuka Kepada Netizen Indonesia

Dalam episod terbaru siri animasi Upin dan Ipin, ada adegan di mana watak Fizi mengungkapkan kata kata yang menyinggung perasaan adik beradik kembar Upin dan Ipin.

Ketika Mail menyatakan tentang kewajiban anak membantu ibunya, sebab syurga ada di bawah telapak kaki ibu. Mendengar pernyataan itu, Upin dan Ipin bertanya, “Bagaimana dengan anak yang sudah tak memiliki ibu?”

Tanpa berpikir panjang, Fizi berseloroh, “Tak ada lah surga,” ungkapnya. Lalu reaksi Upin dan Ipin menjadi sangat sedih. Mail pun sangat kesal dan terkejut dengan ucapan Fizi.

Adegan ini rupa-rupanya telah menuai reaksi dari warganet Indonesia. Sebahagian besar daripada mereka mengritik Fizi karena dianggap tak tahu menjaga perasaan Upin dan Ipin yang merupakan anak yatim piatu.

https://twitter.com/i/status/1265091884248006657

Klip video adegan tersebut pun menjadi viral di media sosial selama beberapa hari. Nama Fizi bahkan masuk dalam jajaran trending topic di Twitter dengan kempen ‘Fizi Is Cancelled’.

Keadaan itu kemudian merebak ke Malaysia. Yang turut kecewa dengan sikap savage Fizi yang sudah beberapa kali melukakan hati kawan kawanya.

Sehingga ada yang meminta Fizi dibuang sekolah dan dijadikan anak yatim pula dalam watak selepas ini.

Fizi akan mohon maaf

Penerbit Upin & Ipin menegaskan mereka akan membuat permohonan maaf atas kontroversi watak Fizi dalam episod berjudul Syahdunya Syawal yang disiarkan pada Hari Raya pertama di saluran MNCTV, Indonesia.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata, pihaknya sedang dalam proses menyiapkan video permohonan maaf itu.

Bagaimanapun, Burhanuddin berkata, beliau tidak pasti sama ada video itu akan disiarkan menerusi platform mana. Beliau menyerahkan kepada MNCTV sama ada mahu menayangkan video tersebut ataupun tidak.

Bercakap kepada BH Online, Burhanuddin berkata: “Disebabkan watak Fizi yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan penonton dan peminat siri animasi ini, dia sendiri yang akan kita tampilkan membuat permohonan maaf.”

“Semua urusan berhubung penyiaran permohonan maaf itu kita kena berurusan dengan stesen televisyen (TV) terbabit.”

“Diharapkan apabila permohonan maaf itu disiarkan, mereka (netizen) akan kembali ‘sejuk’… Insya-Allah.”

Burhanuddin juga melihat sudut positif di sebalik perkara itu. Ianya tanda netizen di Indonesia mengambil berat tentang Upin dan Ipin.

“Sekalipun karakter animasi ciptaan manusia, apa yang dipersembahkan seolah-olah mereka wujud di alam realiti.”

“Emosi sungguh penonton di Indonesia apabila Fizi melafazkan dialog berkenaan. Jelas mereka sebenarnya sangat sayang dengan watak Upin dan Ipin.”

“Ada sebab dialog dilontarkan Fizi termasuk babak itu diwujudkan. Ini kerana persoalan di mana syurga bagi anak yatim, terus berlegar dalam fikiran kita,” katanya.

Perkembangan berkaitan

Di Twitter telah trending si Fizi dari animasi Upin dan Ipin. Di mana ramai meminta watak Fizi dikeluarkan. Hastag Fizi Is Cancelled juga menjadi topik hangat.

Ianya gara gara satu babak watak Fizi yang menyakitkan hati anak yatim telah tular dalam episod baru siri animasi Upin Ipin.

Ramai yang kecewa  dan menuntut watak itu supaya memohon maaf secara terbuka

Depetik dari Harian Metro, Pengarah Kandungan Kreatif Les Copaque, Nur Naquyah Burhanuddin berkata, itu antara permintaan mereka selepas babak terbabit meruntun hati ramai yang menontonnya.

“Episod berjudul Syahdunya Syawal itu sebenarnya ditayangkan pada hari pertama Aidilfitri di saluran MNCTV. Tiba-tiba tular pula, apabila penonton marahkan Fizi sampai terbawa ke laman sosial.”

“Ini membuktikan dengan jelas mereka (penonton Indonesia) sangat ambil berat dan sayangkan Upin Ipin. Disebabkan itu, ramai yang teremosi apabila Fizi berkata syurga tiada buat anak yatim seperti mereka.”

Satu babak di mana Mail menyatakan bahawa syurga di telapak kaki ibu. Upin dan Ipin bertanya, kalau yang tak ada ibu macam mereka macamana? Terus Fizi tembak : “Tak ada lah syurga.”

Tergamam terus Mail mendengar dan dua beradik kembar itu menjadi sedih.

https://twitter.com/i/status/1265091884248006657

Naquyah yakin ramai yang faham bahawa watak di dalam cerita itu hanyalah lakonan. Namun beliau akui ramai yang mahu Fizi buat permohonan maaf.

“Apapun, tidaklah serangan penonton itu terpalit juga pada penerbit disebabkan mereka pun faham, ia sekadar watak dalam lakonan. Cuma, penonton nak sangat Fizi buat permohonan maaf terbuka dan ada atau tidak babak itu? Nantikan,” katanya.

“Sewaktu perbincangan, idea berkenaan terbit untuk mencetuskan pertanyaan mengenainya. Niat kami tidak lain untuk memberikan ruang kepada penonton untuk mengupas isu ini,” katanya.

Seorang netizen melabel Fizi sebagai bajingan.

Ahad lalu, kecoh di Indonesia apabila peminat Upin Ipin menyuarakan kemarahan terhadap Fizi. Keterlanjuran katanya dalam dialog terbabit, benar-benar membuatkan ramai sebak.

Serta-merta, komen ‘Fizi is cancelled’ menjadi tular di laman sosial terutama Twitter. Bahkan, banyak klip video memaparkan sikap Fizi yang celupar.

Kegeraman itu turut merebak kepada netizen di Malaysia. Ada yang meminta Les Copaque yatimkan Fizi.

Fizi punya pasal, brader ni menangis sekali melihat Upin dan Ipin bersedih.

 

Seorang pengguna Twitter telah memuat naik kompilasi mangsa mangsa keceluparan Fizi.

Ada yang menantikan berita Fizi dibuang dari sekolah pun ada:

Baca yang lain