Fletcher Kongsi Kisah Dicarut Alex Ferguson Pada Usia 15 Tahun Kerana Nak Tolak United

Satu kisah yang menarik tentang bagaimana Sir Alex Ferguson telah mencarut kepada pemain berusia 15 tahun bernama Darren Fletcher, hanya kerana pemain itu mahu menolak tawaran daripada Man United.

The Red Devils ketika itu memulakan langkah awal dengan menghubungi pemain itu. Tetapi Fletcher menyatakan dia memerlukan lebih masa dan tidak boleh membuat keputusan segera dan itu yang telah membuatkan bos United berpeluh dan marah.

Hal ini kerana Ferguson sudah ada perancangan untuk pemain itu dan dia mahukan pemain itu berjaya di Man United. Itu adalah peluang terbaik untuknya.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Fletcher menerusi podcast Lockdown Tactics.

“Saya hampir masuk ke Newcastle United,” kata Fletcher dalam siri tersebut.

“Saya telah pergi ke United sejak berusia 12 tahun dan Newcastle ketika itu adalah pasukan kedua terbesar. ”

“Semua orang memberitahu anda, ‘lihat semua pemain tengah Man United yang hebat ini yang tidak akan pernah anda dapat masuk ke dalam pasukan, sukar untuk memecah masuk pasukan utama mereka.”

Fletcher kemudian menegaskan, Newcastle adalah pasukan yang lebih dekat dengan rumahnya di Scotland.

“Selain itu, Newcastle lebih dekat dengan rumah saya.”

“Saya sangat menikmati detik saya di sana [Man United], kelab hebat.”

Sir Alex Ferguson mengamuk

Berita penolakan Fltecher ke Old Trafford itu sampai ke telinga Ferguson dan dia kurang senang – jadi dia memutuskan untuk menyelesaikannya sendiri situasi pemain muda itu.

Ferguson mahu mempromosikan pemain itu naik ke pasukan utama dalam beberapa tahun lagi selepas melihat aksinya dengan pemain remaja.

“Oleh itu, berita itu sampai kepada Sir Alex dan dia menelefon ke rumah saya pada suatu malam dan kakak saya mengangkat telefon. ‘Sini, Darren. Ini untuk kamu’.”

“Pengurus bercakap dengan saya selama lima minit.”

“Dan pada malam itu, panggilan itu dari seorang bos yang benar-benar ‘mental’ [marah].”

“Saya berumur 15 tahun masa tu, masih mentah dan dia [SAF] sedang memberikan saya ayat ayat carutan f**cking menerusi telefon. ”

Pada masa itu, Fletcher baru berusia 15 tahun. Dia tak dapat mengeluarkan kata-kata dan hanya diam memegang gagang telepon.
 
Dia gementar dan takut mendengar bos besar Man United bernama Sir Alex Ferguson itu sedang memakinya dengan kata kata carutan kerana tidak menerima tawaran dari United dengan segera.

Namun agak kelakar kerana ibunya tak tahu siapa yang menelpon dan dia pun sound balik Alex Ferguson dan memberikan amaran jangan menelefon anaknya lagi.

“Ibu saya melihat saya dan meraih telefon, dan dia mendengar beberapa saat carutan Sir Alex, lalu ibu berkata, ‘jangan bercakap dengan anak saya seperti itu lagi ‘, dan ibu meletakkan dengan menghentak telefon tanpa mengetahui bahawa itu adalah Sir Alex Ferguson.”

“Jadi pada keesokan harinya telefon berdering lagi, Sir Alex berkata: ‘Saya benar-benar minta maaf, Puan Fletcher tetapi kami sangat menyukai anak kamu, saya akan datang dalam penerbangan seterusnya ke Edinburgh’.

Itu adalah bukti keinginan Ferguson untuk melihat United berjaya, yang beliau lakukan selama bertahun-tahun selama 26 tahun sebagai pengurus.

Fletcher menghabiskan masa selama 12 tahun di United dan dia terus menerangkan mengenai kesan perbincangan dalam kariernya.

“Sejujurnya, saya kemudian memberitahu ayah, di mana saya menyedari bahawa pergi ke Man United adalah perkara terbaik bagi saya, Sir Alex merealisasikannya. ”

“Bagaimanapun, ia harus diselesaikan, kamu akan pergi ke Manchester United pada usia 15 tahun dan ini adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat.”

Fletcher mengalami kolitis ulseratif pada tahun 2011 yang memberi kesan kepadanya dalam beberapa musim terakhirnya di Manchester.

Fletcher: Fergie insan terbaik

Walaupun begitu, Ferguson selalu ada untuknya dan keluarganya yang akan selalu dikenang oleh Fletcher.

“Dia adalah orang lain yang ada di sana untuk saya setiap langkah dalam karier saya.”

“Dia adalah orang yang memberikan saya penampilan sulung dalam pasukan utama, melihat saya mengalami kecederaan ketika masih muda, dan lebih daripada itu, ketika saya berada di luar kerana sakit, dia menjaga saya,” jelas Fletcher.

“Saya bimbang tentang kontrak saya dan dia seperti, ‘jangan bimbang tentang itu, kamu harus membuat perkara yang betul utuk diri kamu, untuk keluarga anda, kamu harus membuat keputusan betul untuk hidup anda, jangan bimbang mengenai bola sepak.”

Fletcher antara pemain yang sentiasa berada dalam senarai dalam perlawanan besar sama ada sebagai kesebelasan utama mahupun pemain gantian.

Ini kerana disiplin taktikal pemain itu yang membuatkan beliau sentiasa menjadi big game player.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari