Salah seorang flop paling teruk dalam sejarah EPL, Guido Carrillo akhirnya meninggalkan England hanya selepas 7 penampilan sahaja.
Guido Carrillo menyertai Southampton dari AS Monaco pada Januari 2018 dengan rekod perpindahan kelab ketika itu.
Di mana Soton membelanjakan £19 juta untuk beliau dengan harapan akan dapat menguatkan jentera serangan mereka.
Dia dianggap sebagai nama yang bakal memberikan impak di atas padang ataupun memberikan pulangan berlipat kali ganda di masa hadapan jika dijual. Dengan Southampton dikenali dengan dasarnya sebagai feeder club.
Ini kerana dia memiliki reputasi yang sangat kuat. Pemain yang boleh bermain di beberapa posisi penting.
Tidak menepati ramalan
Dia tiba di Southampton diraikan sebagai bintang baharu kelab mereka. Dia diberikan jersi no.9. Bermakna dia adalah penyerang harapan utama dalam pasukannya.
Namun segala yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Segalanya serba tak kena.
Kelab terus bersabar dan menantikan impak daripadanya. Namun, malang sekali untuk Southampton apabila Guido Carillo, hanya bermain 10 kali dalam semua penampilan. Gagal menjaringkan walau satu gol dengan jersi no.9 di belakangnya.
Think we can safely file Guido Carrillo’s transfer to #SaintsFC under “you definitely got that one completely wrong, Les!!” pic.twitter.com/P8o0zaovWf
— Ben Stanfield (@BenStanners) October 5, 2020
Carrillo akhirnya dipinjamkan ke CD Leganes di La Liga, dan kini Carrillo kembali semula ke Sepanyol menyertai.
Southampton setuju untuk menamatkan kontrak pemain itu atas persetujuan bersama.
Ini untuk membolehkan pemain itu pergi secara percuma ke mana mana kelab pada hari terakhir perpindahan / deadline day.
Southampton dalam kenyataan ringkasnya berkata: “Kelab mengucapkan terima kasih kepada Guido di atas semua usaha beliau ketika berada di Southampton dan mendoakan yang terbaik untuk kamu di masa hadapan.”
It’s been emotional Guido Carrillo 👋🏻pic.twitter.com/k6BIG1dogk
— SaintsNews&Views (@SaintsfcViews) October 5, 2020
Dengan perpindahan ini, Carrillo kini dianggap flop paling teruk ataupun flop nombor satu dalam sejarah Southampton.
Seorang peminat Saints memecahkan nilai yang dibayar oleh Soton, ataupun lebih tepat, pembaziran Southampton [ada Carrillo:
Pemain yang menjadi rekod pembelian kelab dengan nilai £19 juta:
– 5 kesebelasan utama / 2 masuk sebagai pemain gantian
– 450 minit aksi
– 161 sentuhan
– 8 shots – 4 tepat
– 1 assist
– 0 gol
Bermakna:
£3.8 juta untuk setiap kali memulakan perlawanan
£42k seminit dia bermain
£118k untuk setiap kali dia menyentuh bola
£2.3 juta untuk setiap percubaan ke arah gol.
Guido Carrillo's #SaintsFC career:
Record signing £19m transfer fee
-5 Starts (2 Sub Appearances)
-450 Minutes played
-161 Touches
-8 Shots (4 on Target)
-1 Assist
-0 Goals-£3.8m per start
-£42k per minute played
-£118k per touch of the ball
-£2.3m per shot pic.twitter.com/3fRiTemQZa— Saint Harris (@LHarrisSFC) October 5, 2020