Real Madrid dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memecat Carlo Ancelotti dan melantik pengurus sasaran Man United iaitu Mauricio Pochettino.
Menurut laporan AS di Sepanyol, penyingkiran dari Copa Del Rey sebelum ini sudah meletakkan Ancelotti dalam tekanan kerana pemilihan pasukannya yang tidak memuaskan hati Florentino Perez.
Kemudian Perez bengan dengan taktikal Ancelotti ketika menentang Paris St Germain. Di mana mereka bermain dengan sistem bertahan yang sangat pasif.
Membuatkan Real Madrid gagal mencetak sebarang percubaan tepat daripada hanya 3 percubaan sepanjang 90 minit dalam aksi pertama pusingan 16 akhir di Parc Des Princes.
Florentino Perez is thinking of sacking Carlo Ancelotti at the end of the season. There's a huge anger in the club over the way the team was playing last night in Paris.
At the club, they believe Ancelotti's methods are no longer working.
[SPORT] pic.twitter.com/cEMykLD96r
— Footy Accumulators (@FootyAccums) February 16, 2022
Sedangkan PSG melakukan lebihb 20 percubaan ke gawang Madrid dan bermain sesuka hati mereka di kawasan Real Madrid.
Laporan oleh AS menyatakan juga bahawa pemecatan itu tidak akan dibuat sebelum musim berakhir. Kerana mereka mahukan Pochettino untuk menggantikan Ancelotti.
Lagipun kini kelab berada 4 mata di puncak carta La Liga. Jadi, prestasi Real Madrid dalam La Liga sangat penting dalam ketika ini. Itupun masih belum menjamin tempat Ancelotti dalam pasukan Real Madrid.
Seterusnya Perez juga tidak begitu gembira dengan cara Ancelotti mengendalikan Gareth Bale. Di Ancelotti sudah mengesahkan bahawa Gareth Bale akan pergi secara percuma selepas kontraknya tamat pada Jun ini.
Sebelum ini Zinedine Zidane menghadapi tekanan yang sama berkaitan dengan Bale. Di mana Perez seringkali campur tangan dalam isu penjualan pemain. Pada satu ketika Bale sudah diberikan lampu hijau untuk bercakap dengan kelab China untuk menjadi penerima gaji terbesar. Namun tiba tiba Perez membuat pusingan U dan meminta Zidane mengekalkan Bale sekali lagi.
Bale ketika itu agak marah kerana, ketika dia benar benar mahu pergi, kelab melarangnya pula. Sedangkan sebelum itu dia sudah diminta untuk mencari kelab baharu, tetapi Bale tak mahu.
Gareth Bale will leave Real Madrid in June, Carlo Ancelotti confirms: “Bale has had injuries, then his contract ends – he may not have had a good motivation but he wants to finish here as he deserves”. ⚪️🏴 #RealMadrid
“It’s important for Bale to finish his career well here”. pic.twitter.com/E5cad3FhD7
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 14, 2022
Ancelotti sebelum ini dipujuk oleh Florentino Perez untuk meninggalkan Everton dan kembali semula ke Real Madrid. Ancelotti setuju dengan kontrak 3 tahun pada Jun tahun lalu.
Mauricio Pochettino kini menjadi calon utama untuk menggantikan Ancelotti sekirang pengendali dari Itali itu gagal meyakinkan Perez bahawa dia adalah pengurus yang tepat untuk projek masa depan di Bernabeu.
Carlo Ancelotti sera très attendu au match retour !
Florentino Perez, malgré une première place en Liga, n'aurait plus vraiment confiance en lui.
(@sport) pic.twitter.com/FEMydhwMdg
— BeFoot (@_BeFoot) February 16, 2022
Ini ditambah dengan situasi Pochettino di PSG yang dikatakan sedia meninggalkan pasukan tersebut dan menyertai Man United. Ianya kerana Pochettino tidak gembira dengan kuasa pengurus yang terhad ada padanya di PSG.
Di mana dia turut terpaksa berdepan dengan sikap diva beberapa bintang PSG. Pochettino malah dilaporkan bercakap dengan Manchester United sebelum ini untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Ole Gunnar Solskjaer.
Namun persetujuan gagal dicapai kerana Pochettino mahukan terus jawatan tetap. Man United pula mahukan interim terlebih dahulu untuk mengendalikan pasukan pada baki musim ini.
Itu tidak bermakna Man United tidak berminat dengan Pochettino. Malah mereka masih menyenaraikan Pochettino sebagai antara calon utama untuk menjadi pengurus mereka selain Erik Ten Hag dan Luis Enrique.
PSG turut sudah bersedia untuk melantik Zinedine Zidane, jika Pochettino benar benar meninggalkan kelab pada musim panas akan datang.
Florentino Perez turut menyatakan bahawa sebelum ini dia cuba memujuk Jurgen Klopp menyertai mereka. Namun pengurus asal Jerman itu memutuskan untuk terus kekal di Liverpool sehingga 2024.
Perez benar benar mahu menjadikan Real Madrid sebagai pasukan yang bermain dengan corak permainan lebih moden berbanding dengan yang mereka ada sekarang ini.
Ancelotti sebelum ini membidas media yang melabel mereka bermain konservatif. Kerana menurut Ancelotti, mereka adalah pasukan yang bermain dengan binaan dari bawah.
“Kalau kami konservatif, Courtois akan sentiasa melambungkan hantaran panjang,” kata Ancelotti selepas aksi berdepan PSG.