Florentino Perez sebelum ini seringkali berganding bahu dengan Joan Laporta dalam menentang La Liga dalam beberapa dasar liga itu.
Dua kelab itu juga masih kekal berdiri di belakang projek Liga Super Eropah yang sebelum ini diharamkan UEFA.
Real Madrid dan Barcelona adalah 2 kelab yang paling penting dalam La Liga. Memberikan nilai tambah yang sangat tinggi kepada liga itu.
Namun perseteruan antara Real Madrid dan Barcelona sentiasa ada walaupun mereka dilihat bersatu hati dalam beberapa perkara.
Terbaru Perez tiba tiba membangkitkan semula isu Barcelona membayar pengadil. Di mana apa yang dilakukan Barcelona itu menurut Perez sebagai merosakkan nama baik Liga Sepanyol.
Hubungan antara Real Madrid dan Barcelona menjadi panas di luar padang. Perez sebelum ini pernah mengajak rakan kongsi La Liga lain mengadakan mesyuarat tergempar untuk memikirkan tindakan yang harus diambil ke atas Barcelona.
Barcelona didapati bersalah membayar Enriquez Negreira untuk memberikan mereka kelebihan dari sudut pengadil. Walaupun ianya dinafikan Barcelona. Sebaliknya Barca mendedahkan mereka membayar Negreira untuk tujuan analisis data pengadil dan pembangunan sukan.
Kes tersebut masih lagi dibicarakan. Dengan Barcelona pula menuduh mereka terpaksa berbuat begitu kerana seringkali menjadi mangsa pengadilan berat sebelah ketika berdepan Real Madrid.
Laporta kemudian mencabar semua pihak yang mahu menjatuhkan Barcelona agar menyiasat sahaja semahu mereka kerana mereka tetap tak akan jumpa kesalahan Barca.
Perez dalam ucapannya pada perhimpunan Real Madrid baru baru ini berkata: “Kita harus menghormati sistem keadilan. Ianya tidak normal sama sekali untuk sebuah kelab membayar sejumlah €8 juta kepada pengadil selama 20 tahun lamanya. Membayar timbalan presiden jawatankuasa pengadil dengan wang sebanyak itu.”
Florentino Pérez on El Caso Negreira: "It is not normal for a football club to have paid €8m for 20 years to the Vice President of the Referee’s Committee." https://t.co/vY1IdJr14J
— barcacentre (@barcacentre) November 11, 2023
“Kami mengakui sebagai pihak yang terluka, apa yang dilakukan Barcelona ini adalah kes yang sangat berat dan ianya merosakkan imej bola sepak Sepanyol.”
Barcelona kekal dengan pengakuan bahawa mereka tidak bersalah. Sementara Real Madrid menegaskan bahawa mereka akan sentiasa memantau perkembangan kes ini.
Apa yang pasti Perez sudah menggambarkan bahawa hubungan antara dua kelab pada ketika ini sangat tegang.
Barcelona bayar Negreira
Beberapa bulan lalu, Polis Sepanyol menggeledah pejabat Jawatankuasa Pengadil, sebagai sebahagian daripada prosedur penyiasatan ke atas Barcelona atas tuduhan korupsi membayar pengadil pada satu masa dulu.
Barcelona berdepan pertuduhan melakukan korupsi kerana membayar Jose Maria Enriquez Negreira, yang pada masa itu menjadi timbalan presiden Jawatankuasa Pengadil. Bayaran itu didakwa untuk membolehkan Barca mendapat kelebihan daripada keputusan pengadil.
Barcelona masih berkeras menafikan bahawa mereka melakukan kesalahan. Sebelum ini Barca menegaskan bayaran itu hanyalah untuk konsultansi tentang pengadil. Negreira akan memberikan panduan tentang kecenderungan seseorang pengadil dalam tugasan mereka.
Barca menegaskan ianya sebahagian daripada usaha mereka dalam menganalisis bola sepak termasuk aspek pengadilan. Pada 11 Mac lalu, Barcelona secara rasminya didakwa di mahkamah atas kesalahan melakukan amalan merasuah pengadil.
Kesalahan itu dilaporkan berlaku dari 2001 sehingga 2018. Pendakwaraya menyatakan bahawa Barca telah membayar firma milik bekas pengadi Negreira yang ketika itu memiliki pengaruh dalam organisasi pengadil di Sepanyol. Oleh kerana kes itu, 2 bekas presiden kelab Barcelona iaitu Sandro Rosell dan juga Jose Maria Bartomeu turut diminta tampil ke mahkamah.
Barcelona paid €7.3 million to Negreira’s company between 2001 and 2018.
They are being charged with corruption by the Spanish prosecutors. pic.twitter.com/CY6OcCExUq
— Zach Lowy (@ZachLowy) March 10, 2023
Barcelona telah dituduh membayar sejumlah €7.3 juta di antara 2001 sehingga 2018. Pendakwaraya mendakawa bahawa bayaran itu adalah agar Barcelona mendapat kelebiha daripada pengadil ketika beraksi di atas padang.
Selain itu Barcelona malah boleh memilih mana pengadil yang mereka suka untuk mengadili perlawanan mereka. Ianya dikatakan telah membantu Barcelona dalam usaha memenangi trofi dalam sesuatu pertandingan.
FC Barcelona paid money to the company of José María Enrique Negreira, the former Vice President of Spain’s Refereeing Committee.
In exchange for that money, they would receive favorable actions including the hiring of referees and refereeing decisions during matches. pic.twitter.com/v4QBIfcKmL
— Zach Lowy (@ZachLowy) March 10, 2023
Negreira ugut Barca
Barcelona dilaporkan cuba menghentikan bayaran itu. Akhirnya menerima satu faks ugutan daripada Negreira yang mengancam akan mendedahkan tentang perkara itu jika dia dan beberapa pengadil lagi tidak mendapat bayaran seperti dijanjikan Barca.
Barcelona sudah menafikan dakwaan mereka membayar pengadil kerana mahu pengadil bersikap pilih kasih dan memihak kepada mereka. Mereka menjelaskan bahawa bayaran itu adalah untuk membantu pegawai pasukan mereka dalam data dan analisis.
Data digunakan untuk kegunaan pemain. Di mana pemain akan mengenali corak pengadil seseorang pengadil yang berbeza.
Jadi, pemain pemain mereka akan dibekalkan informasi tentang bagaimana mereka boleh bertindak berdepan dengan pengadil yang berbeza.
Dan sekali lagi mereka membuat penafian perkara itu. Menyatakan bahawa Barca akan sedia bekerjasama bagi membersihkan nama baik kelab itu. Presiden La Liga, Javier Tebas sudah mengesahkan bahawa LaLiga akan memberikan kerjasama jika diperlukan oleh mahkamah.
Tebas malah mendesak agar Barcelona melakukan sendiri siasatan dalaman ke atas perkara itu. Beberapa bulan lalu, Atletico meminta agar Barcelona dikenakan tindakan berat.
Kemudian, ibu pejabat jawatankuasa pengadil Sepanyol telah digeledah oleh polis. Barcelona didakwa bersalah menyuap €7.3 juta kepada Negreira dan syarikat miliknya, Dasnil 95. Bayaran dari Barcelona kepada Negreira itu mulai disiasat selepas Agensi Cukai Sepanyol menyiasat tentang kesalahan cukai dilakukan syarikat itu.
🚨 Barcelona are now under formal investigation for alleged bribery over payments made to Jose Maria Enriquez Negreira in return for favourable refereeing decisions. The payments totalled €7.3m.
Spanish police also raided the offices of Spain's referees' committee, to gather… pic.twitter.com/amQtbLXw4z
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) September 28, 2023
Barcelona mengakui mereka membayar Dasnil 95, tetapi ianya atas alasan untuk mendapatkan sokongan teknikal. Bagi membekalkan laporan tentang pengadil dalam bentuk video. Informasi itu akan digunakan oleh staf kejurulatihan Barca.
Lebih mengejutkan apabila Barca menegaskan bayaran seperti itu perkara biasa dilakukan kelab kelab besar agar tidak menjadi mangsa buli keputusan pengadil. Sambil menegaskan mereka melakukannya kerana pengadil terlalu banyak memihak Real Madrid.
Pada 18 Februari lalu, 18 daripada 19 kelab La Liga selain Barca mengeluarkan kenyataan menyatakan mereka bimbang dengan situasi ini. Jika didapati bersalah Barca boleh berdepan hukuman sangat berat termasuk tidak dapat beraksi di UCL atau dilucutkan kesemua kejuaraan domestik mereka pada tahun yang terlibat. Barca juga boleh berdepan hukuman disingkirkan ke divisyen bawahan.
Namun setakat ini Joan Laporta menyatakan tidak ada apa yang Barca perlu risaukan kerana mereka tak pernah membayar pengadil atas tujuan berpihak kepada mereka.
Barcelona are not concerned about the new bribery charges, regarding the Negreira case. They know they never paid referees to influence their decisions.
— @sport pic.twitter.com/DxmTLZZxz0
— Barça Universal (@BarcaUniversal) September 28, 2023