Bintang Bayer Leverkusen, Florian Wirtz mahu bermain untuk Bayern Munich sebelum dia berkarier di luar Jerman. Berita itu pastinya kurang menggembirakan peminat Leverkusen.
Sebelum ini Leverkusen sedaya upaya menghalang Jonathan Tah daripada menyertai Bayern Munich. Dan kini pemain bintang mereka Wirtz pula mahu ke Bayern.
Wirtz menjadi pemain yang melonjak naik di bawah kendalian Xabi Alonso yang membantu kelab itu menjuarai Bundesliga pertama dalam sejarah mereka.
Dan lebih manis kejayaan itu dilakukan dengan rekod tanpa sebarang kekalahan di peringkat domestik. Ia adalah pencapaian terbaik Leverkusen di dalam sejarah kelab itu.
Florian Wirtz kemudian dipanggil oleh Julian Nagelsmann untuk mewakili Jerman di Euro 2024 lalu. Dan dia beraksi cemerlang.
Seperti biasa, mana mana pemain Jerman yang cemerlang pastinya akan dikaitkan dengan Bayern Munich. Lebih menarik, Wirtz dikatakan berminat untuk menyarung jersi Bayern Munich.
Sky Sports Jerman melaporkan belum ada sebarang perbincangan rasmi antara kedua dua kelab. Namun Leverkusen dilaporkan mahukan sekurang kurangnya €100 juta untuk pemain tersebut.
Harga tersebut khas untuk Bayern Munich sahaja. Kerana Leverkusen menganggap Bayern adalah pesaing langsung kelab mereka di Jerman.
Florian Wirtz masih ada kontrak sehingga 2027 bersama dengan Leverkusen.
Pemain bintang Jerman itu sudah menyatakan minatnya untuk menyertai Bayern Munich. Dan dia mahu menyertai kelab tersebut pada musim hadapan.