Flower Of Evil: Kisah Detektif Kahwin Suami Psikopat Pakai Identiti Orang Lain, Diinspirasikan Dari Sebuah Buku

Penulis skrip Flower of Evil, Yoo Jung-hee, akhirnya mendedahkan mengenai idea dan inspirasi di sebalik pembuatan drama thriller misteri itu.

Flower of Evil menceritakan kisah seorang detektif yang mula mengesyaki bahawa suami sempurna yang telah bersamanya selama 14 tahun adalah seorang psikopat dan terlibat dalam pembunuhan bersiri.

“Saya memikirkan beberapa konsep dan salah satunya adalah seorang suami yang berpura-pura menjadi orang yang sempurna dan seorang isteri yang sungguh-sungguh mencintainya dengan sepenuh hati. Saya suka ironi seperti itu,” kata Yoo Jung-hee.

Yoo membangkitkan beberapa pertanyaan yang muncul di kepalanya ketika memikirkan konsep tersebut, seperti apakah seseorang itu hidup dalam penipuan ketika orang itu melakukan yang terbaik untuk pasangannya untuk menyimpan rahsia gelap dalam hidupnya.

Ini yang kemudiannya membuatkan beliau tertarik dan memutuskan untuk mengembangkan kisah pasangan yang sudah berkahwin.  Pasangan tersebut adalah suami isteri yang merupakan pembunuh bersiri dan detektif.

Seperti yang dilaporkan oleh Xportsnews, Yoo Jung-hee menyatakan bahawa dia terinspirasi oleh sebuah buku puisi berjudul Les Fleurs du mal oleh Charles Baudelaire untuk dia membuat watak Do Hyun-soo, suami yang sempurna.

Buku itu juga yang membuatkan beliau memilih Flower of Evil untuk menjadi tajuk drama kali ini.

Dalam buku Les Fleurs du mal, Charles Baudelaire menulis tentang pergolakan dan kegelisahan yang timbul dalam masyarakat. Ia digambarkan dalam dua watak utama Flower of Evil.

“Ini simbolik oleh watak Do Hyun-soo (Lee Joon-gi) yang tidak dapat didefinisikan sebagai hitam atau putih. Ini juga menggambarkan Cha Ji-won (Moon Chae-won) yang mesti belajar menerima dunia baru setelah menghancurkan dinding dalaman,” katanya. Yoo Jung-hee.

“Saya mahu orang melihat keindahan dalam cerita berkenaan dengan hidup dan putus asa ketika menonton drama ini. Saya juga ingin berkongsi mesej di mana sisi gelap telah dikebumikan, bunga masih boleh tumbuh di sana,” katanya.

Pada kesempatan yang sama, Yoo Jung-hee juga mengucapkan terima kasih kepada penonton yang dengan setia menyaksikan Flower of Evil. Drama ini sebelum ini ditayangkan di tvN dan Viu.

Jadi korang yang belum tengok lagi, bolehlah godek pustaka Viu korang.

Sinopsis Flower Of Evil

Drama Korea Flower of Evil adalah diterajui watak utama Lee Joon-gi dan Moon Chae-won yang bergandingan semula selepas 3 tahun.

Flower of Evil menceritakan kisah Cha Ji-won (dimainkan oleh Moon Chae-won), seorang detektif yang berkahwin dengan Baek Hee-sung (Lee Joon-gi) dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Baek Hee-sung adalah seorang suami dan ayah yang baik dan komited. Tetapi di sebalik semua itu, dia menyembunyikan masa lalu yang gelap dan hidup dengan menggunakan identiti orang lain.

Dia menipu isteri dan keluarganya mengenai identiti sebenarnya. Sehingga suatu hari, Cha Ji-won mula curiga dengan identiti suaminya dan berusaha mencari kebenaran di sebaliknya.

“Baek Hee-sung adalah contoh bagi suami dan ayah yang baik. Kekacauan masa lalunya adalah kekosongan, jadi dia tidak ingin kehilangan apa yang dia miliki sekarang,” kata Lee Joon Gi mengenai watak yang dimainkannya.

Dia menambah, “Itulah sebabnya dia berusaha melindungi dirinya dan keluarganya dengan apa jua cara. Kehidupannya sekarang sangat berharga baginya kerana dia telah kehilangan begitu banyak.”

Lee Joon-gi dan Moon Chae-won sebelum ini pernah berganding dalam dalam drama berjudul Criminal Minds pada tahun 2017. Flower of Evil juga telah menjadi drama Korea pertama Lee Joon-gi sebagai watak utama dalam dua tahun terakhir ini.

Sebelumnya, dia pernah muncul sebagai pelakon pembantu dalam drama Hotel Del Luna.

Flower of Evil diarahkan oleh Kim Cheol-kyu dan turut dibintangi oleh Jang Hee-jin, Seo Hyun-woo, Nam Gi-ae, Son Jong-hak, Choi Dae-hoon, Jo Kyung-sook, dan Jung Seo-yeon.