Floyd ‘Money’ Mayweather dikatakan sedia untuk membeli Newcastle United daripada Mike Ashley jika pemilik itu benar benar mahu menjual kelab itu.

Mike Ashley telah cuba untuk menjual kelab tahun lalu. Namun masih tidak mendapat tawaran yang memuaskan hatinya.

Namun ada yang menganggap Mike Ashley cuma wayang saja. Kerana beliau ketika itu sudah hilang populariti di kalangan peminat Newcastle.

Dan kini, Floyd Mayweather mahu menghantar bidaan kepada Mike Ashley untuk memiliki Newcastle selepas membuat beberapa pertimbangan.

Ketika ditanya, sama ada benarkah beliau mahu membeli Newcastle. Mayweather memberitahu moderator dalam sebuah majlis:

“Di US kita gelar benda ni soccer. Namun Newcastle Football Team adalah pasukan yang luar biasa. Sebuah pasukan yang power.”

“Kalau ada yang nak saya beli Newcastle, bagitau saya sekarang.”

TMZ melaporkan bahawa, wakil Mayweather memberitahu mereka bahawa petinju itu memang berminat dengan Newcastle. Dan kini dalam situas 50/50 mempertimbangkan untuk membeli pasukan itu dari Mike Ashley.

Ini bukan pertama kali Floyd Mayweather menyatakan hasratnya untuk memiliki Newcastle. Malah, dua tahun lalu, pada 2018 beliau menyatakan: “Kau pasti tak percaya, aku pernah melabur di Newcastle. Dan aku nak kembali ke sana untuk menikmati lebih banyak parti kat sana.”

“Saya sukakan Newcastle. Untuk mereka yang macam aku ni, suka berparti, bandarnya sangat sesuai. Dan saya berparti ke mana sahaja di dunia ini.”

“Saya ada bertemu dengan beberapa pemain Newcastle tahun lalu. Dan mereka baik baik belaka.”

“Saya seorang yang sentiasa membuka pintu perniagaan. Dan saya sukakan kesemua suka. Saya jenis yang melabur mengikut kepalan bukannya ikut hati.”

“Soccer ni mungkin bukan sukan saya. Namun saya ada banyak kenalan di semua bidang.”

Siapa agaknya Sporting Director jika Mayweather jadi Presiden Magpies. Joey Barton? Lee Bowyer?