Foden Akui Kecewa Tidak Dapat Beraksi Lebih Banyak Untuk Negaranya

Pemain sayap pasukan kebangsaan England, Phil Foden, mengakui kecewa kerana tidak mendapat lebih minit untuk beraksi bersama The Three Lions pada Piala Dunia 2022.

Pasukan kebangsaan England berjaya mara ke kelompok 16 terbaik Piala Dunia 2022 selepas memenangi Kumpulan B – menepati ramalan selaku salah sebuah pasukan pilihan.

England akan menentang Senegal yang mara ke pusingan 16 sebagai naib juara Kumpulan A.

Aksi kedua dua pasukan akan diadakan di Stadium Al Bayt pada hari Ahad.

Menjelang perlawanan, Phil Foden meluahkan perasaannya pada sidang media. Dia mahu terlibat lebih banyak bersama skuad kebangsaan.

Pemain tonggak Manchester City tersebut hanya bermain sebagai kesebelasan utama ketika pasukan kebangsaan England beraksi dalam Derby Britain menentang pasukan kebangsaan Wales pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Ahmad Bin Ali.

Foden terus menjaringkan 1 gol dalam kemenangan 3-0 England ke atas Wales. Dia benar benar menghantar mesej jelas kepada Southgate bahawa dia berhak beraksi di kesebelasan utama.

Foden berkata: “Saya kecewa tidak memulakan lebih banyak perlawanan, tetapi ia sebahagian daripada kejohanan seperti,” kata Foden yang akur bahawa dia harus menghormati pilihan pengurus dan rakan rakan yang dipilih menggalas cabaran sebagai pemain kesebelasan uta

Ini ditambah dengan hakikat bahawa pemain seperti Rashford dan Saka beraksi cemerlang. Foden menyatakan dia adalah pemain pasukan dan tidak akan mempersoalkan kenapa dia tidak diturunkan, sebaliknya sentiasa bersedia untuk beraksi setiap kali diperlukan,

“Saya seorang pemain pasukan dan apabila saya mendapat peluang saya mengambilnya.”

“Saya telah melihat banyak perhatian media mengenai saya memulakan perlawanan, sukar untuk melepaskan diri daripada itu.”

“Terdapat banyak persaingan. Saka telah bermain dengan baik dan menjaringkan gol dalam perlawanan pertama.”

“Rashford telah menjaringkan gol dan bermain dengan sangat baik menentang Wales.”

“Semua orang menjaringkan gol dan semua orang telah membuktikan pada satu tahap ianya menjadi satu sakit kepala bagi Gareth Southgate untuk memilih pasukan untuk perlawanan seterusnya.”

“Saya rasa saya mempunyai setiap peluang untuk memulakan aksi dalam perlawanan seterusnya.”

“Saya bermain dengan baik menentang Wales tetapi kita perlu lihat apa yang berlaku,” tambah Foden.

Baca yang lain