Foden Persiapkan Diri Lawan Jerman Dengan Tengok Video Kompilasi Skil Foden

Phil Foden dan skuad England membuat persiapan berhadapan dengan Jerman dalam pusingan 16 akhir Euro 2020.

Dan pemain tersebut turut belajar beberapa skil menerusi YouTube. Foden melihat video kompilasi skil belau sendiri sebagai salah satu langkah persiapan.

Foden yang sebelum ini disisihkan daripada kesebelasan utama menentang Republik Czech dijangka akan kembali semula ke dalam pasukan utama.

Foden dalam prestasi terbaik dalam beberapa bulan terakhir ini, sama ada di kelab dan juga ketika di pasukan kebangsaan.

Oleh itu pemain 21 tahun itu menjadi salah seorang bintang muda penting dalam Euro kali ini.

Foden ternyata tidak memerlukan video Neymar, Ronaldinho, Messi, Ronaldo Pekan ataupun Ronaldo Portugal untuk menaikkan semangatnya bagi membuat skil terkini.

Beliau menonton aksi beliau sendiri. Foden berkata: “Kadangkala saya menonton video aksi saya sendiri. Itu akan memberikan saya keyakinan untuk masuk ke padang bagi perlawanan seterusnya.”

“Saya tak suka tengok video skil orang lain, saya nak jadi diri sendiri.”

Kenyataan Foden itu membuatkan dia diasak dengan soalan, bagaimana pula dengan imej rambutnya yang dilihat meniru gaya rambut Paul Gascoigne ketika Euro 1996.

Foden kemudian menafikan dia meniru rambut Gazza. Dia berkata: “Saya tidak meniru sesiapa. Saya buat gaya saya sendiri dan orang lain yang menceritakan sebaliknya.”

Sebelum ini Gazza pernah menyatakan bahawa, walaupun Foden cuba meniru gayanya, namun di atas padang Gazza menegaskan Foden tak akan mampu menirunya.

Gazza malah berkata, dia lebih baik dari Foden walaupun beraksi dalam keadaan mabuk.

Bercakap tentang skil beliau, Foden menegaskan bahawa, ianya semulajadi dan beliau tidak berlatih berat untuk skil tersebut.

“Kamu tak perlu berlatih untuk skil skil itu, ianya daripada naluri. Ianya datang sendiri kepada kamu. Pemain terbaik di dunia akan berfikir sangat pantas.”

BACA JUGA: Gazcoigne Yakin Dia Lagi Bagus Dari Foden Walaupun Tengah Mabuk Bermain Bola

Paul Gascoigne nampaknya telah bergurau kasar dengan Phil Foden. Pemain muda itu meniru gaya rambutnya dalam edisi Euro kali ini tanda membangkitkan semangat pasukan 1996 yang ikonik dengan lagu tema Football’s Coming Home.

Namun Gazza yang merupakan idola kepada ramai generasi muda England menegaskan bahawa dia sentiasa lebih bagus daripada mana mana pemain.

Ketika ditanya, apakah persamaan beliau dengan Foden, Gazza berkata: “Tiada siapa yang layak dibandingkan dengan saya.”

Gazcoigne kemudian menegaskan bahawa, beliau akan lebih baik dari Foden walaupun beraksi dalam keadaan mabuk sekalipun.

“Saya boleh menewaskan sesiapa sahaja dengan mata terpejam, ataupun sebotol wiski dalam badan serta beberapa botol Bacardi.”

Namun Gazza tetap percaya bahawa Foden akan cemerlang dalam kempen kali ini. Dan meminta pemain itu agar menjadi lebih tamak di hadapan gol.

“Phil Foden pemain yang bagus di mata saya. Dia akan menjadi bakat yang ‘panas’. Cuma dia kena lebih tamak sedikit, dia perlu melakukannya.”

Foden menjadi nadi penting pada awal aksi dalam kemenangan England ke atas Croatia dalam aksi pembukaan. Namun pada separuh masa kedua, beliau kelihatan semakin bergelut dan akhirnya dikeluarkan.

Gazza yakin bahawa 3 Lions kali ini berpeluang cerah untuk menjuarai Euro. Bercakap kepada David Seaman, Gazcoigne berkata: “Saya sangat pasti kita akan berpeluang kali ini, barisan serangan kita sangat luar biasa.”

“Tekanan itu ada selepas apa yang berlaku dalam Piala Dunia lalu. Kali ini dio Wembley, ianya terserah kepada mereka untuk mengendalikan tekanan itu.”

“Kita ada peluang yang bagus kerana ini akan menjadi lebih hampir daripada apa yang kita pernah capai sejak 1996.”

“Perancis sudah pasti ada peluang untuk juara. Namun England juga ada peluang, asalkan mereka dapat mengatasi tekanan yang mereka hadapi.”

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil