Phil Foden meminta peminat tidak menyalahkan Gareth Southgate dan menegaskan bahawa sebagai pemain, mereka turut bersalah dalam prestasi tidak meyakinkan pasukan England.
Hal ini kerana menurut pemain England itu, pemain yang bermain dan cuba menterjemahkan taktikal pengurus. Jadi dia simpati kerana Southgate seringkali dikecam.
Southgate sekali lagi berdepan dengan tekanan kerana pemilihan pasukan dan juga taktikal dalam perlawanan. Ramai menuduh Southgate tidak sesuai menjadi pengendali England dengan skuad yang dia ada. Kerana Southgate tidak tahu cara memainkan pasukannya dengan cara high pressing.
Even by Southgate cowardball standards, this is particularly cowardly.
But particular highlights for me are
– Foden at LB (remember that under Hodgson with FBs in the box and our 'wide forwards' part of the back 6?
– playing where's Wally with Harry Kane
– 3 mid between two CBs https://t.co/sNqj19TrFv pic.twitter.com/q04z0QoIcv— Stephen Drennan (@babuyagu) June 21, 2024
Foden menegaskan Southgate seorang jurutaktikal yang sangat berkebolehan dan dia mahukan pasukannya bermain secara high pressing dan mendominasi lawan di kawasan tinggi.
Dia mengajar para pemain cara melakukan pressing. Namun di atas padang, kadangkala perkara itu tidak berlaku seperti dimahukan Southgate. Lantas Foden berharap ada seorang ketua yang mampu menyatupadukan mereka kembali ketika mereka ada masalah di atas padang dan memperbaiki aspek permainan itu segera.
Foden yang menjadi tonggak England berkata: “Pemain pun harus bertanggungjawab dan dikritik di atas apa yang berlaku. Harus ada ketua untuk menghimpunkan kami bersama sama dan mencari solusi dan mencari kenapa sesuatu perkara itu terjadi.
“Ada banyak perkara yang pengurus ini lakukan. Mereka menetapkan sistem permainan dan memberitahu kamu cara pressing. Jika ianya tidak berjalan lancar, kamu harus mencari penyelesaian dengan sendiri di atas padang.
“Saya simpati dengan Southgate yang seringkali dihentam. Di dalam latihan dia sudah memberitahu kami perancangan taktikal dan apa yang harus dilakukan. Dan meminta kami kekal berada di garisan tinggi ketika di atas padang.
“Dan saya kadangkala rasa, masalah ini timbul kerana pemain itu sendiri. Kami perlukan seorang ketua dalam permainan jadi kami boleh bersama sama dan mencari solusi apabila ianya kurang menjadi.
“Dan ya, kami bercakap tentang perkara ini, jika ia berlaku lagi dalam permainan kami, kami boleh bersama sama mencari penyelesaian. Jadi di mana ada kesilapan, kami harus menyesuaikan diri dengan keadaan untuk pressing.”
Phil Foden says England's style of play has not matched up with Gareth Southgate's training instructions 🤔 pic.twitter.com/EZm957z3bD
— ESPN UK (@ESPNUK) July 4, 2024
Foden menerima kritikan kerana dianggap gagal mampamerkan aksi terbaik seperti mana bersama dengan Man City musim ini.
Dia menegaskan dia juga akui perkara itu. “Saya tidak menunjukkan aksi terbaik seperti mana di EPL ketika di sini. Namun saya meningkat naik secara perlahan. Dan harapan saya, saya akan mampu memberikan aksi terbaik untuk England. Itu sengiasa matlamat saya untuk menunjukkan prestasi terbaik bersama pasukan kebangsaan.
“Perlawanan pertama saya agak hambar. Berdasarkan cara kami bermain, saya tidak banyak melakukan serangan seperti diharapkan. Perlawanan berikutnya saya memperbaiki prestasi. Saya hampir menjaringkan gol namun ofsaid pula ketikan menentang Denmark dan hampir menjaringkan ketika menentang Slovakia.
“Prestasi saya meningkat dengan banyak jika gol itu masuk, pasti tiada siapa yang akan bercakap buruk tentang saya.
Ditanya adakah kerana dia tidak selesa dikorbankan peranan terbaiknya di atas padang kerana Jude Bellingham. Foden berkata: “Saya tak setuju dengan pandangan itu. Saya rasa kami berdua berkerjasama dengan sangat baik. Terutama sekali ketika dalam penguasaan bola. Kami memberikan tekanan kepada lawan dan berharap kami akan lebih serasi selepas ini.”