Pemain Perancis, Youssouf Fofana tak pedulikan kritikan yang dilemparkan kepada pasukan mereka. Yang penting mereka mara ke separuh akhir.
Perancis dianggap pasukan paling membosankan yang berjaya mara ke separuh akhir. Di mana mereka masih gagal mencetak gol padang oleh pemain sendiri. Yang ada hanyalah gol daripada penalti dan jaringan sendiri pemain lawan
Menjelang aksi menentang Sepanyol di separuh akhir, pemain itu menyatakan bahawa fokus mereka adalah untuk menewaskan lawan mereka itu nanti.
Dia turut memberikan amaran kepada rakannya agar waspada dengan ancaman Lamine Yamal dan Nico Williams.
“Dengan pasukan Sepanyol, mereka menghadirkan ancaman daripada semua arah. Nico Williams dan Lamine Yamal menikmati musim yang luar biasa, namun saya jangkakan mereka akan kalah Selasa ini,” tegas Youssouf Fofana pada sidang media di Paderborn.D
Dia menambah: “Kami harus kekal kuat di bahagian pertahanan sebagaimana yang kami lakukan setakat ini. Dalam aksi terakhir kami menentang Portugal, kami adalah luas biasa. Maignan tak mampu ditembusi.”
Fofana setakat ini sudah bermain 3 daripada 5 aksi Perancis di Euro 2024, kesemuanya sebagai pemain gantian.
Ditanya tentang kritikan diberikan ke atas taktikal pasukan Perancis yang dianggap membosankan dan mara ke separuh akhir dengan bergantung kepada penalti dan gol sendiri lawan, pemain itu menegaskan:
“Secara peribadinya saya tidak kisah langsung. Paling penting kami berada di separuh akhir,” tegas pemain tengah Monaco itu.