Pengurus Lille, Paulo Fonseca menyindir Cristiano Ronaldo yang melabel Liga Arab Saudi kini lebih bagus daripada Ligue 1.
Baru baru ini, Ronaldo bercakap dalam Globe Soccer Awards menyatakan bahawa Liga Arab Saudi kini dah jauh membangun sejak ketibaannya di negara itu.
Ditanya di mana kedudukan liga teratas Saudi, Ronaldo menjawab di atas pentas: “Saya tak rasa liga Saudi ini di belakang Ligue 1.
“Sejujurnya saya fikir Liga Saudi lebih bagus daripada liga Perancis, pada pendapat saya.
“Dalam liga Perancis saya rasa anda mempunyai dua, tiga pasukan dengan tahap yang baik. Di Saudi sekarang saya rasa ia lebih kompetitif. Mereka boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu, itu hanya pendapat saya dan saya bermain di sana [Arab Saudi] setahun jadi saya tahu apa yang sedang saya cakapkan.
“Tetapi saya fikir sekarang kami lebih bagus daripada liga Perancis, kami masih bertambah baik.”
🗣️ Cristiano Ronaldo: “Saudi League is not worse than Ligue1”.
“Saudi Pro League is more competitive than Ligue1, I can say that after one year spent there”.
“We are better than the French league already now”. pic.twitter.com/fwfgQli9ys
— Football Talk (@FootballTalkHQ) January 19, 2024
Paulo Fonseca menyindir kenyataan itu dengan menegaskan bahawa jika orang itu bijak dia tak akan percaya atau ada masa nak memikirkan kenyataan Ronaldo itu.
Fonseca berkata: “Saya tak akan mebuat perbandingan. Saya tak ada masa nak memikirkan apa yang dia katakan. Jika dia gembira di Arab Saudi, saya tumpang gembira untuknya.
Kemudian Ronaldo turut mengutuk Ballon d’Or dan FIFA Best sebagai anugerah yang sudah tak berkaliber lagi sambil membandingkannya dengan Globe Soccer Awards yang berasaskan statistik dan pencapaian.
Lionel Messi memenangi kedua-dua anugerah tersebut untuk 2023 sebelum Erling Haaland dinobatkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik pada majlis Anugerah Bola Sepak Globe 2023 di Dubai pada hari Jumaat.
Sementara itu, Ronaldo memenangi tiga trofi daripada Globe Soccer pada hari Jumaat. Kapten Al Nassr itu memenangi anugerah Pemain Timur Tengah Terbaik dan Pemain Kegemaran Peminat. Kedua-dua anugerah itu diputuskan menerusi undian.
Tetapi anugerah ketiga Ronaldo berdasarkan statistik semata-mata kerana dia menerima Anugerah Maradona untuk menamatkan 2023 sebagai penjaring terbanyak dalam bola sepak dunia.
Ronaldo, yang menjaringkan 54 gol dalam 59 perlawanan pada 2023 untuk Al Nassr dan Portugal, kemudian memberitahu Record: “Ballon d’Or dan The Best telah hilang kredibilitinya. Nombor adalah realiti.
“Kita perlu menganalisis sepanjang musim. Ini bukan untuk mengatakan bahawa Messi tidak layak menerima anugerah itu, atau Haaland malah [Kylian] Mbappe lebih layak. Saya tidak lagi percaya dengan anugerah ini [Ballon d’Or dan FIFA Best].
“Bukan kerana saya menang di Globe Soccer tetapi ini adalah fakta, nombor ada dan mereka tidak menipu. Mereka tidak boleh merampas trofi ini [Anugera Maradona] daripada saya kerana ia adalah realiti. Saya lebih gembira kerana angka itu adalah fakta .
🚨 Ronaldo: “Ballon d’Or and The Best are losing credibility”.
“It’s not to say that Messi didn’t deserve it, or Haaland or even Mbappé… but the numbers are there and the numbers don’t deceive. You’ve to consider the entire season”.
“The numbers are facts”, told Record. pic.twitter.com/l7RtmmAIiW
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 21, 2024
“Jika anda kembali dan melihat apa yang berlaku di Man United dan Portugal, orang sebenarnya menganggap saya pihak yang kalah. Tetapi sebenarnya saya fokus dan mempunyai tempoh yang hebat di Al Nassr, itulah sebabnya saya menjaringkan 54 gol dalam setahun.”
Fonseca berkata: “Ada beberapa perkara yang saya tak nak ia membuang masa saya. Kenyataan seperti ini salah satu daripadanya. Saya tak rasa ada orang yang bijak faham kenapa dia buat kenyataan seperti ini.”