Footyheadlines Bocorkan Jersi Away Arsenal Musim Depan, Amacam?

Ramai peminat Arsenal terkejut dengan apa yang mereka lihat.

Footyheadlines telah membocorkan jersi Arsenal – away – untuk musim hadapan. Ianya berwarna putih dengan motif seperti percikan darah berwarna merah maroon padanya.

Seperti biasa, Footy Headlines memilik terus menjadi perhatian ramai peminat untuk mendapatkan gambaran tentang jersi mereka musim hadapan.

Berdasarkan gambaran ini, warna seluar adalah maroon dan stokingnya pula berwarna putih.

Ada lorekan 3 garis ikonik Adidas pada bahu.

Ada yang menganggap jesi ini seperti jersi yang dimiliki oleh sociopath selepas mencabut nyawa mangsanya.

Ada juga yang menganggap jersi ini seperti percikan darah selepas pemain kena bentes.

Adidas nampaknya menukarkan warna kuning untuk away musim ini kepada warna putih.

Walaupun ramai yang kurang gemar, namun itu pilihan masing masing. Korang pula rasa macamana?

Adidas dan Arsenal memiliki perjanjian bernilai £300 juta yang dimeterai pada 2018.

Peminat Gunners sangat gembira dengan rekaan jersi home dan away pada musim ini yang dianggap sangat cantik.

Jersi away yang mereka panggil jersi pisang itu juga sangat mendapat sambutan di kalangan penyokong Arsenal.

Ramai yang berharap Arsenal akan mendapat jersi secantik itu sekali lagi pada musim akan datang.

 

Baca yang lain