Forbes: 10 Gamer-Streamer Poket Paling Masyuk 2019, Ninja Masih Rajanya

Gamer-streamer merupaka kerjaya yang semakin lumayan pada ketika ini. Malah mereka menjana pendapatan yang sangat luar biasa.

Tahun 2019 dianggap antara tahun yang paling memberikan hasil lumayan kepada gamers dan streamers ini. Ini kerana perkembangan industri yang semakin pesat dan semakin banyak syarikat yang berminat menjadi penaja.

Bukan sahaja daripada pengikut tegar mereka malah menerima kontrak tajaan yang luar biasa. Forbes menyenaraikan 10 pemain video game dan juga streamer yang memiliki pendapatan luar biasa sepanjang 2019.

Mereka mendapat wang yang berkoyan koyan itu menerusi publisiti yang membawa kepada kontrak serta tajaan yang luar biasa.

Malah ada yang mendapatkan tajaan ekslusif. Kesemua pendapatan ini adalah pendapatan kasar yang mereka dapat dari 1 Januari 2019 sehingga 1 Januari 2020,

Jadi, Forbes menyatakan angka ini adalah sebelum ditolak cukai, bayaran ejen, pengurus, staf, dan lain lain lagi.

Forbes mengambil data daripada SocialBlade, TwitchTracker, Captiv8 dan Pollstar, dan informasi daripada orang dalam industri. Mereka ini adalah gamers dan streamers. Tak kira korang pro gamers atau tak, kalau main game, jadi streamers, maka data korang akan dikira Forbes.

Berikut adalah 10 gamers-streamers yang paling masyuk tahun lalu menurut Forbes:

#1 Ninja (Tyler Blevins) – $17 juta (RM73.91 juta)

Tahun 2019 merupakan tahun yang mengukuhkan kelegendaan Ninja sebagai gamers. Beliau mendapat kontrak tajaan yang luar biasa. Ini termasuk tawaran kontrak jangka panjang dengan Mixer untuk meninggalkan Twitch.

Selain itu, beliau juga mendapatkan kontrak dengan Red Bull, Walmart dan juga muncul dalam iklan NFL.

Tak cukup dengan itu, Ninja juga mendapat tajaan dari Adidas dan pereka seluar dalam PSD.

Malah, Fortnite turut mengeluarkan avatar khas untuk beliau di dalam permainan mereka. Ninja memang tak mampu dicabar buat masa ini.

#2 PewDiePie (Felix Kjellberg) – $15 juta (RM65.21 juta)

Gamer yang menjadi raja di YouTube. Beliau menarik tontonan sebanyak 4.5 billion pada 2019.

Beliau dilaporkan menjana sekurang kurangnya $10,158 sehari. Itu tak termasuk lagi video promosi, jualan barangan dan juga lain lain.

PewDiePie dengan cemerlangnya ada 104 juta suscribers di YouTube.

Beliau sangat kreatif dalam menyajikan konten terutama sekali video game yang tak popular dan pelik. Namun selepas masuk channel beliau terus meletup gila gila. Misalnya “Goat Simulator” dand “I Am Bread.”

#3 Preston (Preston Arsement) – $14 juta (RM60.87 juta)

Beliau popular kerana bermain Minecraft dan juga seorang vlogger. Namun selepas itu beliau mengumumkan channelnya fokus kepada Fortnite dan Vlog.

Preston pada usia mudanya sudah menjana berjuta dollar. Beliau juga kerap menghasilkan video dengan isterinya dan juga adik adiknya.

#4 Markiplier (Mark Fischbach) – $14 juta (RM60.87 juta)

Salah sorang streamer yang berpengaruh kerana seorang yang kelakar. Beliau kerap membuat video reaksi ke atas permainan yang horror seperti Amnesia: The Dark Descent, Neverending Nightmares, SCP – Containment Breach, dan Five Nights at Freddy’s.

Gaya ulasannya yang kreatif dengan ton suaranya yang pelbagai membuatkannya menarik ramai peminat.

Malah dia sendiri ada terlibat dalam filem YouTube Original – A Heist with Markiplier.

#5 Shroud (Michael Grzesiek) : $12.5 juta (RM54.34)

Ketika Ninja dan Shroud mengumumkan keluar dari Twitch dan menyertai Mixer, platform tersebut hilang ramai pengikut setia.

Otai dalam gaming dan dikategorikan sebagai ‘veteran’ di alam gaming  streamer.

Beliau berjaya menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengeluar permainan video yang besar seperti Electronic Arts, Ubisoft dan Activision Blizzard.

Shroud juga mengeluarkan jenama pakaian gaming Jinx.

#6 DanTDM (Daniel Middleton) – $12 juta (RM52.17)

Daniel Middleton popular di kalangan peminat video game kerana permainan Minecraft. Kini sudah memiliki 23 juta pengikut di YouTube.

Pada 2019, DanTDM membintangi filem interaktif berjudul The Contest.

#7 VanossGaming (Evan Fong) – $11.5 juta (RM50 juta)

Evan Fong memiliki gaya penyampaian yang jenaka. Menarik sudah 25 juta subscribers dan 12.3 billion tontonan ketika artikel ini sedang disiapkan.

Turut terlibat dalam siri animasi ekslusif Paranormal Action Squad pada 2016.

#8 Jacksepticeye (Sean McLoughlin) – $11 juta (RM47.82 juta)

Pada hari ini, Jacksepticeye mengumpul 24 juta subscribers. McLoughlin merupakan rakyat Ireland yang paling popular di YouTube. Pada hujung tahun 2018, bergabung dengan rakannya, Markiplier untuk menubuhkan syarikat pakaian.

#9 TimTheTatman (Timothy Betar) –  $8 juta (RM34.78)

Gaya komikal Timothy Betar memang menarik. Gamer yang dikenali daripada permainan seperti Fortnite.

Dia juga berjaya mendapatkan tajaan daripada beberapa jenama termasuk Reese, Bud Light dan banyak lagi.

Dia juga aktif melakukan streaming dan merupakan pengulas untuk permainan Football Night Thursday di NFL di Twitch.

Pada akhir tahun lalu, dia menandatangani perjanjian streaming eksklusif dengan platform Twitch.

#10 Nickmercs (Nick Kolcheff) – $6 juta (RM26.09 juta)

Nick Kolcheff menempa kegemilangan dengan bermain Fortnite dengan alat controller, yang dianggap lebih mencabar daripada menggunakan papan kekunci dan tetikus (keyboard & mouse).

Ini telah membantunya menjadi streamer kesepuluh yang paling banyak ditonton pada tahun 2019, menurut StreamElements dan Arsenal.gg.

Twitch telah tertarik dengan beliau dan kemudian menandatanganinya dengan perjanjian eksklusif selama dua tahun yang bernilai $ 2 juta.

Baca yang lain