FORBES: Messi Atlet Berpendapatan Tertinggi, Ronaldo Ketiga Dengan $115 Juta

Pemain bola sepak dan juga bintang Paris Saint-Germain, Lionel Messi, kini dilaporkan menjadi atlet dengan bayaran tertinggi.

Malah, bayaran Messi mengatasi pemain NBA LeBron James dan pemain bola sepak Cristiano “CR7” Ronaldo – yang memiliki kuasa publisiti yang sangat kuat.

Senarai Forbes ini adalah untuk pendapatan keseluruhan atlet bagi 2022. Daripada 10 senarai teratas itu ada 3 pemain bola sepak berada di dalamnya.

Seterusnya, angka ini merangkumi pendapatan dari gaji dan juga hak imej ataupun tajaan peribadi dalam 12 bulan terakhir pendapatan mereka.

Messi atlet paling tinggi pendapatan tahun 2022 ini

Messi meraih pendapatan sekitar US$130 juta. Jumlah ini termasuk AS$ 55 juta daripada pendapatannya dalam 12 bulan terakhir, dari Mei 2021 sehingga Mei 2022. Di mana ketika itu dia memutuskan untuk menerima kontrak ditawarkan PSG.

Lionel Messi sebelum ini dilepaskan Barcelona kerana tak mampu membayar gajinya yang sangat tinggi. Walaupun Messi dilaporkan sudah setuju memotong hampir 50% daripada gajinya untuk terus kekal di Barcelona. Dengan syarat pasukan itu harus menawarkan kontrak jangka panjang sekitar 5 musim.

Kesepakatan verbal dicapai. Namun Laporta menegaskan bahawa, Barca masih gagal mendaftarkan Messi keranan sekatan FFP. Barca menanggung hutang sangat tinggi.

Maka, Messi terpaksa dilepaskan ke PSG. Di PSG dia menerima gaji sangat lumayan.

Sementara itu, LeBron James yang merupakan pemain Los Angeles Lakers berada di belakang pemain bola sepak berusia 34 tahun itu dengan AS$121 juta. Pendapatan itu memecahkan rekod pendapat keseluruhan beliau sebanyak $96.5 juta pada tahun lepas.

Cristiano Ronaldo yang sebelum ini pernah bertahta di tangga pertama dalam senarai Forbes, kali ini menduduki tempat ketiga dalam laporan itu. Pemain Manchester United itu memperoleh pendapatan AS$115 juta keseluruhan untuk 2022.

Ronaldo masih menjadi kuasa besar dalam dunia iklan kerana paras rupanya dan juga reputasinya. Namun kali ini beliau jauh di belakang Messi.

Musim ini Ronaldo kembali semula ke Manchester United selepas Juventus juga berdepan dengan masalah kewangan kerana pandemik.

Manchester United menggunakan kesempatan itu untuk membawa pulang legenda mereka daripada menyertai Manchester City.

Seterusnya di tempat keempat dan kelima ialah pemain bola sepak Brazil Neymar (AS$ 95 juta) dan juara NBA tiga kali Stephen Curry (AS$ 92.8 juta).

Neymar melonjakkan pendapatannya menerusi kontrak baharunya bersama PSG. Walaupun ada klausa bonus pelik iaitu Neymar harus sentiasa melambai ke arah peminat selepas tamat perlawanan dan juga hadir dalam acara peminat anjuran kelab.

Neymar baru baru ini menyatakan bahawa dia menyesal kerana pernah terfikir untuk meninggalkan PSG dan pulang ke Barca. Sambil berjanji tak akan mengidam kepulangan semula ke Barca. Dia kini setia bersama PSG selagi lagi khidmatnya diperlukan.

Seorang lagi pemain NBA, Kevin Durant, menduduki tempat keenam dengan bayaran AS$92 juta. Seterusnya terdapat nama pemain tenis Switzerland Roger Federer. Atlet yang beraksi dalam lima kejohanan 2021 itu membawa pulang pendapatan AS$ 90.7 juta.

Legenda tenis itu masih menjadi pemain tenis dengan pendapatan tertinggi pada ketika ini.

Peninju Mexico Canelo Alvarez berada di tempat kelapan dengan pendapatan AS$90 juta. Jumlah yang agak mengejutkan untuk melihat Alvarez di atas atlet seterusnya.

Di belakang Alvarez ialah Tom Brady, juara Super Bowl, mengaut AS$83.9 juta. Dianggap GOAT Superbowl.

Brady hampir bersara pada musim ini. Namun memutuskan untuk meneruskan kariernya sekurang kurangnya semusim lagi.

Menutup senarai 10 teratas ialah pemain NBA Giannis Antetokounmpo. Atlet berusia 27 tahun itu mempunyai jumlah pendapatan AS$ 80.9 juta.

Baca yang lain