Forbes: Salah Menjadi Keempat Paling Masyuk, Ronaldo Yang Pertama

Bintang Liverpool, Mohamed Salah telah dinobatkan sebagai pemain bola gaji tertinggi keempat pada tahun 2020, menurut laporan oleh Forbes.

Salah telah menjadi tonggak utama kejayaan Liverpool sejak menyertai dengan The Reds dari AS Roma pada tahun 2017.

Pemain berusia 27 tahun itu digandingkan dengan Sadio Mane dan Roberto Firmino untuk membentuk salah satu serangan paling hebat di Eropah ketika ini.

Mo Salah membimbing Liverpool meraih gelaran Liga Juara-Juara UEFA, Piala Super UEFA, dan Piala Dunia Kelab FIFA.

Dalam laporan baru-baru ini oleh Forbes, Salah ditempatkan di antara atlet dengan gaji tertinggi di dunia di kedudukan ke-35 dengan pendapatan berjumlah $ 35.1 juta.

Salah meningkatkan kuasa publisitinya dengan menjadi duta beberapa produk setelah namanya meningkat naik.

Beliau adalah orang Mesir yang paling berpengaruh pada hari ini serta salah seorang atlet Muslim yang paling disegani.

Di tempat pertama, Cristiano Ronaldo memintas Lionel Messi sekali lagi, dalam carta sebagai pemain bola sepak dengan pendapatan tertinggi.

Ronaldo musim lalu berada di tangga kedua di belakang Messi untuk carta pemain bola sepak paling tinggi pendapatan.

Dari segi gaji, Messi adalah paling tinggi. Namun CR7 masih menjadi kuasa publisiti utama seorang pemain bola sepak. Membuatkan beliau menjadi pemain bola sepak dengan hak imej paling tinggi.

Bintang PSG, Neymar dan Kylian Mbappe masing masing di tangga ketiga dan kelima.

Pemain veteran, Andres Iniesta berada di tangga keenam, sementara bintang Arsenal, Mesut Ozil di tangga ke-7.

Seorang pemain Liga Super China berada dalam senarai iaitu Oscar yang berada di tangga ke-9.

Secara keseluruhannya, pemain tenis Switzerland, Roger Federer, menduduki tempat teratas dengan jumlah $106 juta yang diikuti oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi di tempat kedua dan ketiga.

Berikut adalah 10 pemain bola sepak tertinggi Forbes:

1. Cristiano Ronaldo – $ 105 juta (keseluruhan ke-2)

2. Lionel Messi – $ 104 juta (keseluruhan ke-3)

3. Neymar – $ 95.5 juta (keseluruhan ke-4)

4. Mo Salah – $ 35.1 juta (keseluruhan ke-34)

5. Kylian Mbappe – $ 33.8 juta (keseluruhan ke-36)

6. Andreas Iniesta – $ 29.6 juta (keseluruhan ke-46)

7. Mesut Ozil – $ 28.7 juta (keseluruhan ke-49)

8. Paul Pogba – $ 28.5 juta (keseluruhan ke-50)

9. Oscar – $ 27.5 juta (keseluruhan ke-56)

10. Antoine Griezmann – $ 26.7 juta (keseluruhan ke-60

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil