Formula Vietnam Terus Terbukti

Formula yang ternyata berjaya.

Sebenarnya penilaian saya bukanlah menilai kejayaan mereka dekat Sukan SEA semata-mata.

Tetapi menilai kejayaan mereka dalam bola sepak di peringkat semua umur.

Apa yang pasti Vietnam sudah jauh di hadapan berbanding dengan negara Asia tenggara yang lain termasuk Thailand.

Ketika Park Hang Seo dilantik dahulu, ramai peminat Vietnam tidak gemar dengan perlantikan beliau. Hal ini kerana mereka mengharapkan jurulatih yang lebih berprofil tinggi.

Head pasukan Vietnam, Duong Vu Lam dan Pengarah Teknikal Pasukan, iaitu Jurgen telah membuat keputusan yang mereka anggap betul.

Dan kini, Persatuan Bola Sepak Vietnam jelas sekali menunjukkan bahawa mereka telah memilih orang yang betul.

Sama seperti peminat bola sepak di negara lain termasuk Malaysia. Para peminat mengharapkan pasukan kebangsaan mereka bermain ala Barcelona.

Tetapi jelas sekali Park Hang Seo tak menepati kehendak fans. Benda pertama beliau cakap dekat sidang media adalah, “kita …”

Terus dia pakai kita – merujuk kepada dia dah menjadi sebahagian daripada bola sepak Vietnam.

Dia berkata: “Kita akan membentuk bola sepak yang sesuai dengan kita.”

Benda yang dianggap kelakar oleh beberapa peminat dan media mereka pada ketika itu adalah ketika dia mahu membawa Vietnam menaikkan ranking seratus teratas dunia dalam masa 2 atau 3 tahun.

Dia memulakan kerjanya dengan cuba membentuk dan membetulkan DNA permainan bola sepak di Vietnam.

Beliau mendapati bahawa Vietnam merupakan negara yang tidak memiliki pemain yang mampu untuk bermain taktikal moden dengan free flowing football.

Ini kerana struktur bola sepak di bahagian pembangunan atau akar umbi mereka yang tidak menekankan aspek seperti itu.

Dan dia sendiri menjadi mastermind bola sepak di peringkat pembangunan. Awalnya mereka cuba mencari seorang lagi juga kes yang sama dengan beliau.

Namun sukar untuk mencarinya kerana tidak ramai jurulatih yang memahami apa yang mahu beliau lakukan.

Lalu beliau menawarkan diri untuk menjadi ketua jurulatih bagi skuad bawah 23 tahun. Itu yang korang tengok asyik muka dia sahaja.

Ini adalah untuk memastikan keseragaman permainan bola sepak mereka. Itu yang penting. Berbeza sekali dengan beberapa negara lain tidak memandang perkara ini serius.

Tidak cukup dengan itu, Cikgu Park telah mewajibkan bahawa semua pasukan kebangsaan peringkat umur di bawah pasukan senior bermain dengan DNA yang sama.

Dan dia tetapkan mereka akan bermain sistem pragmatik berasaskan back 3 ataupun back 5. Asas dia dengan 3 CB.

Lepas tu dia menyenaraikan berapa kelab komuniti akademi untuk menjadi pusat pembangunan pemain muda. Antaranya Hanoi FC.

Dan kini, dalam beberapa tahun ini di Vietnam, beliau telah membantu Vietnam menuai hasil daripada apa yang mereka lakukan – hasil daripada permulaan yang mereka buat beberapa tahun yang lalu.

Beliau tersenyum gembira apabila berjaya membawa Vietnam naik ke 100 ke atas dunia buat pertama kali dalam masa hanya 13 bulan daripada perlantikannya.

Namun kerja tidak terhenti di situ, apabila terus bekerja keras untuk memastikan projek yang yang mereka sedang kerjakan terus tentang berada pada tahap yang memuaskan dan berimpak.

Apa yang kita pelajari?

Apa yang kita pelajari yang adalah keseragaman taktikal.

Ramai juga peminat bolasepak kita di Malaysia merasakan Malaysia patut melakukan perkara yang sama.

Mana tidaknya apabila pasukan bawah 23 tahun kita bermain dengan bek bertiga – pendekatan yang pragmatik. Sebaliknya pasukan senior kita kerap bermain dengan sistem berasaskan free flowing football yang bukan berasaskan back 3.

Rasanya tidak perlu untuk memikirkan melantik orang yang sama untuk mengendalikan dua peringkat yang berbeza.

Hanya perlu Fokus kepada perkara pokok, iaitu untuk melantik jurulatih yang memiliki falsafah yang sama berada di dua peringkat yang penting iaitu B-23 dan senior.

Ini bagi memudahkan transisi pemain daripada pasukan pembangunan kepada pasukan senior.

Kenapa saya kata Kita tidak perlu menghadkan pilihan kepada hanya memikirkan melantik orang sama berada di dua pasukan yang berbeza.

Kerana tidak semua orang boleh menjadi seperti cikgu Park. Apabila dia bercakap semua orang akan dengar dan Persatuan Bola Sepak Vietnam akan memberikan sokongan kepadanya.

Malah di negara lain perkara ini sudah pun dilakukan dengan memilih dua jurulatih yang boleh kita sama-sama berada di dua tempat yang berbeza, pasukan pembangunan dan juga pasukan utama.

Kita harus sedar bahawa Vietnam mengambil keputusan tersebut kerana kekangan untuk mencari orang yang sama dengan Park Hang Seo. Mereka pun kalau boleh mahu mencari seorang jurulatih yang sama kepala.

Dan hari ini mereka sudah merasai banyak kejayaan termasuk sudah beberapa kali berada di ranking top 100 di dunia.

Perkara yang pernah menjadi bahan jenaka dan sindiran wartawan dan peminat mereka sendiri pada satu ketika dahulu.

Sebelum ini, FAM sudah melancarkan dna bola sepak untuk Malaysia. Kita sudah ada modal yang tersendiri cuma buat masa ini kita perlu memastikan pelaksanaan itu lebih baik.

Langah yang penting untuk kita ambil selepas ini adalah penyeragaman sistem dan teknik permainan bola sepak kita terperingkat belia dan pasukan senior.

Sebelum ni kita hanya menuai hasil daripada kejayaan seperti mara ke suku akhir Sukan Asia. Menang pingat Perak sukan Sea. Ataupun dulu menang emas Sukan SEA Dan Juara piala AFF.

Namun isu kesinambungan tu kita lemah. Apabila ada pemain pembangunan yang dah jadi pemain senior kita sukar mencari kualiti yang hampir sama daripada pemain kedua atau ketiga.

Seterusnya masalah sama di peringkat senior. Di mana ada beberapa pemain sangat bagus di B-23 namun sukar nak adaptasi ke sistem berbeza.

Kalau bahagian akar umbi itu tidak mengapalah isu bentuk DNA dan falsafah bola seoak. Ini kerana bahagian tersebut adalah bahagian awalan dan peringkat nak enjoy football. Tulang pun belum keras kan. Di mana fokus mereka lebih kepada isu teknikal dan juga kemahiran asas.

Baca yang lain