Pelumba sensasi Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales, tampil mengagumkan untuk mencatat masa pusingan terpantas dalam latihan bebas ketiga (FP3) MotoGP Andalusia 2020 di Litar Jerez.
Vinales bukan sahaja memimpin sesi ini, tetapi juga memecahkan rekod pusingan terpantas sepanjang masa di Litar Jerez, dengan 1 minit 36.584 saat.
Kemuncak sesi ini adalah pada Marc Marquez dari Repsol Honda, yang baru kembali ke trek setelah menjalani pembedahan empat hari sebelumnya. Dia masih kelihatan letih dan kurang bermaya.
Marc Marquez hanya mencatat kedudukan ke-19 dalam sesi latihan kali ini.
Kedudukan kedua dalam MotoGP FP3 Andalusia adalah Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT), diikuti oleh Jack Miller di tempat ketiga. Rossi hanya menduduki kedudukan kelapan, tepat di belakang Brad Binder.
Seorang lagi wakil Petronas SRT β Franco Morbidelli berada di luar top 10 iaitu di tangga ke-12.
At #PETRONASmotorsports, we're passionate about progressπͺ. Let's draw on #theenergywithin and power ahead in today's Quali! βπ¨#AndaluciaGP pic.twitter.com/ZYLA66T4m2
β PETRONAS Motorsports (@PET_Motorsports) July 25, 2020
Rossi dan Vinales sebelum ini mengungguli pole position dalam FP1. Lalu Rossi menyatakan jentera digunakannya ternyata jauh lebih baik daripada minggu lalu.
Setelah terlepas sesi FP1 dan FP2 pada hari Jumaat, kali ini Marquez menuju ke trek. Dia kembali ke litar hanya empat hari setelah menjalani pembedahan lengan kanan di Barcelona pada hari Selasa.
Dua pelumba lain yang juga cedera minggu lalu, Cal Crutchlow dan Alex Rins. Namun, dalam sesi ini Alex Rins disahkan tidak hadir.
Ketika FP3 bermula, Marquez segera keluar dari pit ke trek. Tumpuan diberikan kepadanya. Ianya dianggap detik luar biasa.
Making the unbelievable, believable. @marcmarquez93 is BACK on track. pic.twitter.com/E1YrO7Iuqb
β Repsol Honda Team (@HRC_MotoGP) July 25, 2020
Selepas beberapa minit di trek, Marquez naik ke kedudukan ke-18. Setelah selesai sesi, Marquez memasuki pit bertemu Dr. Mir dari pasukan perubatan MotoGP adalah yang pertama bercakap dengan pelumba Sepanyol itu.
Absolute warrior!!! πͺ@marcmarquez93 heads out for FP3! π±#AndaluciaGP π pic.twitter.com/kIkNGvHqrv
β MotoGPβ’π (@MotoGP) July 25, 2020
Beliau menyatakan sebelum ini, sesi kali ini adalah untuk menguji sama ada beliau mampu berlumba ataupun tidak. Beliau tidak menekankan catatan masa tetapi mengutamakan perkara lain iaitu laporan kondisi beliau,
#AndaluciaGP β FP3 Results
1st β @mvkoficial12
8th β @ValeYellow461'36.584s β a new All-Time Lap Record π#MonsterYamaha | #MotoGP pic.twitter.com/HuaID0eVsc
β Monster Energy Yamaha MotoGP (@YamahaMotoGP) July 25, 2020
Nampaknya Maverick Vinales benar benar dalam prestasi yang agak baik pada ketika ini.
Apa kurangnya dengan pelumba Petronas Yamaha β Fabio Quartararo yang masih segar dengan kejuaraan pertama beliau dalam GP Sepanyol sebelum ini yang berlangsung di litar sama iaitu Litar Jerez.
Valentino Rossi menyatakan kepulangan semula Marc Marquez membuatkan semua pelumba berasa gembira kerana rakan mereka kembali pulih.