FP3: Yamaha Kuasai 1,2,3 – Rossi Terpantas, Sehari Selepas Umum Sertai Sepang Racing Team

Yamaha dan motosikal YZR-M1 meneruskan aksi positif pada siri MotoGP San Marino 2020. Ini merupakan siri perlumbaan keenam musim 2020.

Namun kali ini bukan Fabio Quartararo atau Maverick Vinales yang menduduki tempat pertama dalam sesi latihan bebas ketiga (FP3) yang berlangsung di Litar Misano.

Sebaliknya ‘Atok’ Rossi – sang veteran yang baru sahaja mengumumkan dia akan menyertai Yamaha SRT semalam.

Jika dulu pasti ramai tak terkejut la, kali ini lain pula ceritanya. Ramai orang terkejut setelah, Valentino Rossi yang merupakan pelumba dengan status tuan rumah – menduduki tempat pertama dengan catatan masa 1 minit 31.861 saat.

Rossi sebelum ini mencatatkan kedudukan di luar top 10 dalam FP sebelumnya.

Valentino Rossi menewaskan rakan sepasukannya, Maverick Vinales dengan jurang 0.075 saat. Sementara kedudukan ketiga juga diisi oleh pelumba Yamaha, Fabio Quartararo.

Dengan keputusan ini, Valentino Rossi disahkan layak secara terus ke Q2 pada sesi kelayakan MotoGP San Marino malam ini dan merupakan pelumba terpantas.

Pada permulaan MotoGP FP3 San Marino, Fabio Quartararo berada di kedudukan pertama sejak sekian lama. Dia mencatat masa 1 minit 32.660 saat dan berada 0,099 saat di hadapan pelumba kilang Yamaha, Maverick Vinales.

Fabio Quartararo bangkit  menerusi pusingan terbaik 1 minit 31.961 saat. Dia juga menjadi pelumba pertama yang mengatasi 1 minit 31 saat dalam siri MotoGP San Marino.

Tetapi kemunculan Vinales lebih hebat lagi. Dia memecahkan 1 minit 31.936 saat untuk masuk ke tempat pertama, tetapi hanya sebentar.

Berikut adalah kedudukan penuh FP3

1. Valentino Rossi (Yamaha) 1 minit 31.861 saat

2. Maverick Vinales (Yamaha) +0.075 saat

3. Fabio Quartararo (Yamaha) +0,100 saat

4. Jack Miller (Pramac Ducati) +0.268 saat

5. Alex Rins (Suzuki Ecstar) +0.345 saat

6. Joan Mir (Suzuki) +0.377 saat

7. Pecco Bagnaia (Pramac Ducati) +0.387 saat

8. Johann Zarco (Avintia Ducati) +0.407 saat

9. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha) +0,420 saat

10. Andrea Dovizioso (Ducati) +0.557 saat

11. Aleix Espargaro (Aprilia) +0.706 saat

12. Pol Espargaro (KTM) +0.752 saat

13. Takaaki Nakagami (LCR Honda) +0.769 saat

14. Danilo Petrucci (Ducati Team) +0.834 saat

15. Iker Lecuona (KTM Tech 3) +0.841 saat

16. Miguel Oliveira (KTM Tech3) +0.930 saat

17. Brad Binder (KTM) +1.139 saat

18. Alex Marquez (Repsol Honda) +1,390 saat

19. Tito Rabat (Avintia Ducati) +1.409 saat

20. Bradley Smith (Aprilia Gresini) +1,475 saat

21. Stefan Bradl (Repsol Honda) +1,662 saat

Sebagai tambahan, Cal Crutchlow (LCR Honda) tak dapat meneruskan siri San Marino MotoGP kerana kecederaan.

Perkembangan berkaitan: Rossi Umum sertai pasukan SRT

Juara dunia MotoGP tujuh kali, Valentino Rossi mengulangi komitmennya untuk menyertai pasukan yang berpangkalan di Malaysia, Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) musim depan.

Tanpa memberikan maklumat lanjut, pelumba Itali berumur 41 tahun yang digelar sebagai ‘The Doctor’ itu menegaskan bahawa beliau tidak merancang untuk bersara buat masa ini.

“Kami perlukan masa dengan (pasukan saya) Monster Energy Yamaha dan kami tidak tergesa-gesa, tetapi telah hampir pasti untuk menandatangani (perjanjian) dengan (Petronas Yamaha SRT).

“Saya akan berlumba bersama Petronas (Yamaha SRT) tahun depan, dan saya ingin mengatakan ia sudah 99 peratus sebab belum ditandatangani lagi, tetapi mungkin (di GP Catalunya) Barcelona (pada 27 Sept), kami akan mengumumkannya,” katanya yang dipetik menerusi sidang media praperlumbaan menjelang GP San Marino hujung minggu ini.

Prinsipal pasukan Petronas Yamaha SRT Datuk Razlan Razali sebelum ini memaklumkan bahawa Rossi hampir pasti menyertai pasukan itu, namun belum menandatangani perjanjian memandangkan beliau perlu menyelesaikan beberapa masalah dengan pasukannya.

— BERNAMA

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa