FPL: Bednarek Dapat -7, Ada 31 Pengurus Memiliki Bednarek, Luiz Dan Leno Dalam Pasukan

Jika korang pemilik Bendarek di dalam pasukan FPL korang, bermakna korang akan menerima pengurangan mata sebanyak 7 mata hanya untuk seorang pemain sahaja.

Bednarek bermain salah satu aksi terburuk di dalam kariernya ketika berkunjung ke Old Trafford bersama dengan pasukannya.

Srcara asasnya Bendarek mendapat 2 mata kerana bermain. Namun tertampan bola ke gawang sendiri membuatkan dia ditolak 2 mata.

Seterusnya 4 mata lagi ditolak kerana bolos. Lebih memburukkan keadaan Bednarek ditolak 3 mata lagi kerana kad merah.

Southampton dibelasah teruk 9 gol tanpa balas oleh Man United. Dengan 4 gol terhasil pada separuh masa pertama. Dan 9 lagi gol hadir pada separuh masa kedua.

Kekalahan memalukan diwarnai dengan gol sendiri, kad merah dan juga penalti kepada lawan mereka.

Menurut data daripada lama rasmi FPL, terdapat 31 pengurus FPL yang memiliki Bernd Leno, David Luiz dan Bednarek. Di mana kesemua mereka menerima kad merah.

Luiz menerima kad merah kontroversi ketika berdepan dengan Wolves setelah didakwa menjatuhkan lawan ketika dalam situasi menjaringkan gol.

Bernd Leno pula handball di luar kotak penalti, juga kesalahan menafikan peluang gol lawan.

Manchester United menjadi lubuk mata FPL semalam. Dengan mata tertinggi daripada pasukan tersebut daripada Wan Bissaka (15 mata) diikuti Bruno Fernandes  (14 mata).

Secara keseluruhannya, kesemua pemain Man United semalam menyumbangkan 91 mata.

Baca yang lain

Nunez Skor Gol Kemenangan Minit Ke-90+9

Darwin Nunez menjadi wira kemenangan Liverpool dalam kunjungan mereka ke markas Nottingham Forest. Liverpool sekali lagi merehatkan pemain seperti Mo Salah di