Gandingan Harry Kane dan Son Heung-Min sekali lagi berjaya menyelamatkan pengurus-pengurus Fantasy Premier League (FPL) apabila masing-masing merekodkan 16 dan 13 points. Kane menjaringkan 2 gol dan 1 assist manakala Son menjaringkan 1 gol dan 1 assist.
The top two captain picks are now the top two points-scorers in #FPL
Son Heung-Min (£9.3m) and Harry Kane (£10.7m) have combined for 8 goals this season and registered 118 points in total 🤑 pic.twitter.com/xkEYQuEOqH
— Fantasy Premier League (@OfficialFPL) October 18, 2020
Ada juga yang terciduk setelah mengeluarkan Timo Werner dan mengalirkan airmata setelah penyerang Chelsea itu menyumbat 2 gol dan 1 asisst serta 3 mata bonus. Itulah FPL tuan puan yang budiman.
Kali ni penulis akan menyenaraikan beberapa pemain mengikut posisi yang mungkin boleh membantu anda mencapai mata yang tinggi untuk GW 6 ini.
Penjaga Gol
Emiliano Martinez (4.8) vs Leeds United (H)
Merupakan penjaga gol paling hangat ketika ini. Mendahului senarai penjaga gol yang mengumpul mata paling banyak dengan 31 mata. Harganya yang sangat mampu milik serta banyak melakukan saves akan memudahkan anda mengutip saves points serta bonus points.
How many bonus points do you want, Emi? 👀
Martinez is the most transferred in 'keeper ahead of this Gameweek, rewarding his new owners with a clean sheet 👐#FPL #LEIAVL pic.twitter.com/onD7flQbQT
— Fantasy Premier League (@OfficialFPL) October 18, 2020
Setakat ini, beliau berjaya mengumpul 3 saves points, 3 clean sheets, 2 bonus points. Jangan dilupakan beliau juga telah menyelamatkan 1 sepakan penalti yang juga dikira sebanyak 5 points.
Pertahanan
Roman Saiss (5.2) vs Newcastle United (H)
Dengan 2 clean sheets dalam 2 perlawanan terakhir, pertahanan Wolves ini mampu menjana point yang agak baik. Mengisi slot wingback kiri yang ditinggalkan Marcal menambahkan ancaman di bahagian serangan.
SCOUT: After nine points in GW4, Max Kilman (£4.0m) makes a second successive start at centre-back for Wolves
Their most-popular defender, Romain Saiss (15.2%), looks like he will start at left wing-back#FPL #LEEWOL pic.twitter.com/4lbpkF3Loy
— Fantasy Premier League (@OfficialFPL) October 19, 2020
3 bonus points pada GW 4 dan 5 antara salah 1 bukti yang Saiss mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Turut merupakan ancaman di kotak penalti lawan ketika situasi bola mati, beliau tidak harus dilupakan.
Tengah
Mo Salah (12.3) vs Sheffield United (H)
Mo Salah Mo Salah, running down the wing. Ada kebenaran kata-kata itu apabila beliau tidak henti-henti berlari untuk menyumbang point untuk lebih jutaan pengurus FPL. Liverpool kena bantai 7-2 pon dia steady skor 2 tuan puan.
Salah at home in PL
Played – 58
Goals – 50
Assists – 20
Mins per goal or assist – 71— Adam Hopcroft (@ahopcroft13) October 21, 2020
Salah+home=loads of points. Simple.
Penyerang
Harry Kane (10.8) vs Burnley (A)
Penyerang paling on form di EPL setakat GW5. Hanya gagal menyumbang attacking return dalam perlawanan pertama. 58 points dalam 4 perlawanan terakhir bukti kemantapan beliau. Cakap aje nak apa. Jaringkan gol? Dah 5 biji. Assist? 7 biji tuan puan.
12 – Harry Kane has now been directly involved in 12 @premierleague goals this season (5 goals, 7 assists), the highest number of direct goal involvements by a player after five games of a single campaign. Resurgent. #TOTWHU pic.twitter.com/SKSwmxCjAi
— OptaJoe (@OptaJoe) October 18, 2020
Dengan form yang beliau miliki sekarang, beliau mampu melakukan apa sahaja tuan puan. Berapa gol anda mahu??
Calon Kapten
Playsafe
Mo Salah (12.3) & Harry Kane (10.8)
Penulis meletakkan Salah sebagai calon selamat bagi GW6 berdasarkan persamaan yang dinyatakan di atas tadi. Salah+home=loads of points. Simple.
Kane juga boleh dijadikan sebagai calon selamat jika dikira atas form yang dimiliki ketika ini.
Differential/Makan Sorang
Ollie Watkins (6.0) vs Leeds United (H)
Ollie tempohari berjaya menjaringkan hatrik menentang pasukan yang berintensiti tinggi serta bermain high line, Liverpool. Leeds juga bermain dengan cara yang hampir serupa namun dengan gaya tersendiri.
Fun stat: Ollie Watkins averages 17 points per game this season against teams that begin with a letter 'L'. The most obvious captain choice this week 😎 pic.twitter.com/1OzqgoQ1z2
— FPL Marcin (@FPLMarcin) October 17, 2020
Adakah akan terjadi perkara yang sama? Menarik untuk disaksikan.
Transfer Deadline
Jangan lupa kemaskini barisan pemain tuan puan kerana GW6 akan bermula pada pagi Sabtu, 24 Oktober 2020 dengan perlawanan di antara Aston Villa menentang Leeds United jam 3.00 pagi waktu tempatan.
Anda haruslah melakukan perpindahan dan kemaskini pasukan sebelum jam 1.30 pagi, 90 minit sebelum GW dibuka.
Nota: Penulis merupakan top 2,000,000 dalam 7 musim FPL yang terakhir. Ehh