Frankfurt Juara UEL, Ramsey Masuk Minit Ke-117 Untuk Sepak Penalti Namun Gagal

Rangers tewas perlawanan akhir Liga Europa kepada Eintracht Frankfurt dengan agak dramatik apabila Aaron Ramsey gagal menjaringkan penalti beliau dalam penentuan sepakan penalti.

Ramsey, bekas pemain tengah Arsenal yang menyertai Rangers secara pinjaman daripada Juventus pada Januari, dibawa masuk pada masa tambahan ataupun secara tepatnya pada minit ke- 117.

Dia dibawa masuk untuk mengambil sepakan penalti –
ketika kedua dua pasukan terus buntu di atas padang untuk mendapatkan gol kemenangan.. Namun malangnya Ramsey gagal menyempurnakan sepakannya.

Dia kelihatan sangat kecewa dan sugul sambil ditenangkan oleh rakan sepasukannya selepas kesilapannya yang memberikan kemenangan bersejarah kepada lawan.

Joe Aribo memecah kebuntuan pada minit ke-57 untuk meletakkan Rangers di hadapan dengan penyudah tenang melepasi Kevin Trapp dari jarak dekat.

Tetapi Frankfurt menyamakan kedudukan hanya 12 minit kemudian apabila Rafael Borre memecut pantas untuk menyambut hantaran lintang Filip Kostic.

Frankfurt semakin yakin selepas gol penyamaan mereka tetapi Rangers bertahan dengan baik untuk memaksa perlawan berlarutan ke masa tambahan.

Rangers mempunyai peluang terbaik untuk memenangi perlawanan dalam masa tambahan apabila Kemar Roofe menghantar bola ke dalam kotak penalti Frankfurt yang disambut oleh Ryan Kent, namun, penyelamatan cemerlang Trapp mengekalkan kedudukan 1-1 sebelum penentuan sepakan penalti.

James Tavernier, Steven Davis, Scott Arfield semuanya menjaringkan penalti mereka sebelum percubaan Ramsey diselamatkan oleh Trapp.

Roofe menjaringkan percubaan kelima Rangers tetapi penalti cemerlang Borre mengesahkan kemenangan buat Frankfurt.

Oliver Glasner menjadi pengurus dari Austria kedua pernah memenangi kejohanan eropah untuk peringkat kelab.

Frankfurt selayaknya meraikan kejayaan ini kerana mereka ternyata telah melalui kempen yang sangat cemerlang termasuk menewaskan Barcelona di separuh akhir.

Baca yang lain