Eintracht Frankfurt memutuskan untuk memulangkan Donny Van De Beek ke Manchester United selepas tamat pinjaman musim ini.
Frankfurt tidak sanggup menebus klausa beli tetap pemain tersebut kerana tidak menepati standard yang diharapkan oleh kelab itu.
Lalu dia akan dipulangkan ke kelab orang tua atau terjemahan langsung daripada parents club. Hmmm…..
Van De Beek pernah menjadi rebutan banyak kelab besar terutama sekali Man United dan Barcelona. Sehinggalah dia memilih untuk menyertai Man United dengan nilai £40 juta sahaja.
Pada masa itu United dianggap berjaya mendapatkan Van De Beek dengan harga lelong dengan bantuan Van der Sarr.
Karier Van De Beek di United tidak seindah yang diharapkan. Van De Beek hanya bermain 21 minit dari bangku simpanan pada permulaan musim 2023/24. Sepanjang bersama United dia hanya menjaringkan 2 gol dan 2 assist.
Dia kemudian menyertai Eintracht secara pinjaman pada Januari. Perjanjian itu melibatkan opsyen beli tetap. Klausa itu bernilai sekitar £9.5 juta untuk beli tetap dengan £2.6 juta lagi bonus tambahan.
Frankfurt ketika ini di tangga keenam dalam Bundesliga. Di mana Van de Beek hanya bermain 7 perlawanan dengan kelab itu. Dia gagal mencetak sebarang gol atau assist.
Prestasinya kian merosot dan berada di bangku simpanan untuk 4 perlawanan terakhir pasukan Jerman itu.
Fabrizio Romano melaporkan kelab itu tidak akan mengaktifkan klausa tersebut. Dan ianya tamparan hebat buat pemain itu yang sebelum ini berharap akan dapat bangkit semula di tempat lain.
Sebelum ini Ten Hag sudah menjelaskan kepada kelab Man United bahawa pemain tersebut tiada dalam perancangannya.
Sebelum kehadiran Ten Hag, Ralf Rangnick turut tidak gembira dengan prestasi Van De Beek. Rangnick kemudian dengan terbuka menyindir kualiti Van De Beek yang tidak memuaskan,