Freddie Mercury: ‘The King Of Queen’

‘Aku tak ingin menjadi bintang rock, aku ingin menjadi legenda.’

Itulah ungkapan daripada vokalis Bohemian Rhapsody, Freddie Mercury.

Freddie Mercury dianggap antara best performer on stage dalam sejarah.

Untuk kategori kugiran dan arena rock beliau seringkali diletakkan sebagai top ranked bagi frontman.

Tanggal 5 September 1946, lahirlah Farrokh Bulsara di sebuah bandar bernama Zanzibar.

Ketika menjadi penyanyi, beliau menggunakan nama pentas Freddie Mercury.

Queen

Pada 1970 dia Brian May, John Dacon dan Roger Taylor, menubuhkan kumpulan digelar Queen.

Sebelum itu Roger Taylor dan Brian May ada kumpulan mereka sendiri, Smile. Freddie Mercury adalah peminat kumpulan Smile.

Beliau adalah orang yang bertanggungjawab memujuk Roger Taylor dan Brian May menubuhkan Queen.

Freddie Mercury juga orang yang memberikan nama kumpulan mereka sebagai Queen.

Dialah juga yang mencipta logo dan menulis lagu lagu hits kumpulan ini pada awal kemunculan.

Kumpulan Queen adalah kumpulan rock legenda, antara yang paling berpengaruh sepanjang zaman.

Antara lagu yang seringkali menjadi siulan ramai adalah We Will Rock You, We Are the Champions, Crazy Little Thing Called Love dan Bohemian Rhapsody.

Walaupun anda bukan peminat muzik rock ataupun kumpulan Queen, anda pasti pernah mendengar lagu tersebut atau sekurang-kurangnya, mendengar tajuk ataupun menghafal sebaris lirik lagu.

Ini antara album yang mereka hasilkan.

Queen (1973)
Queen II (1974)
Sheer Heart Attack (1974)
A Night at the Opera (1975)
A Day at the Races (1976)
News of the World (1977)
Jazz (1978)
The Game (1980)
Flash Gordon (1980) – soundtrack
Hot Space (1982)
The Works (1984)
A Kind of Magic (1986)
The Miracle (1989)
Innuendo (1991)
Made in Heaven (1995)

Dalam sejarah Freddie Mercury dan Queen mereka telah menjual album mereka lebih daripada 32 juta unit di Amerika Syarikat sahaja.

Separuh daripada 32 juta unit itu dibeli selepas kematian Freddie Mercury. Secara global, Queen berjaya menjual lebih 300 juta unit salinan album.

Legenda Pentas Semulajadi

Aksi beliau di pentas memang semulajadi dan memukau dengan lontaran vokal nyaring serta tenaga daripada vokalis berkumis ini.

Pada zaman kegemilangan mereka, sangat sukar untuk peminat mendapatkan tiket bagi menyaksikan persembahan kumpulan Queen.

Aksi beliau seringkali menjadi ikutan ataupun rujukan ramai penyanyi rock selepas beliau. Freddie Mercury menjadi simbol pusat kuasa di dalam stadium ataupun lapangan konsert.

Konsert Live Aid yang korang tengok dalam movies Bohemian Rhapsody Itu antara konsert terbaik dalam sejarah rock. Ketika itu Freddie sudah merasai kesakitan kerana penyakitnya.

Bohemian Rhapsody (1975)

Lagu Bohemian Rhapsody berbentuk mini-rock opera ini menjadi hits nombor satu di England tempat kelahiran Queen Selama 9 minggu.

Ianya pada awalnya dianggap karya sampah oleh produser kerana tiada siapa sanggup mendengar lagu ala opera lebih 6 minit. Namun Freddie bertegas mahu menerbitkannya juga.

Ahli kumpulan Queen lain sentiasa berpegang kepada prinsip – Freddie tahu apa dia buat dan mereka percayakan Freddie.

Karya itu kemudiannya menjadi masterpiece. Dan dianggap antara lagu rock terbaik sepanjang zaman.

Freddie tidak pernah berkongsi makna atau kisah sebenar di sebalik lagu itu.

Ada yang mengaitkannya dengan Freddie tetapi ternyata dia bukan kanak kanak dari keluarga yang bermasalah. Freddie sendiri merupakan pelajar yang pintar dan seorang mahasiswa.

Klip video bohemian rhapsody telah menjadi rujukan ramai rockers tentang bagaimana mahu menjadi proper rockers di atas pentas.

Dan tak lupa ada versi macam rock joget dalam tu.

Lagu ini diiktiraf sebagai lagu paling banyak distrim pada abad ke-20.

Legasi

Banyak sekali peringatan dan memorial untuk beliau. Lagu-lagu beliau adalah malar segar sehingga hari ini walaupun ada yang dihasilkan pada era 70an.

Ramai artis-artis pada hari ini menjadikan beliau sebagai idola ketika mereka kecil.

Ini termasuk bintang Pop seperti Katy Perry yang pernah dress up seperti Freddie Mercury sebagai memperingati Lagenda itu.

Lady Gaga mengakui yang nama gaga adalah daripada Radio Gaga.

Freddie bukan sahaja seorang komposer yang genius, malah dia juga pemain piano, music arranger dan produser yang sangat berbakat.

Anda dengar dan lihatlah hasil pada Bohemian Rhapsody, ianya sangat asli dan rockers tak terfikir untuk menghasilkan lagu seperti itu

Legenda rock walaupun kematiannya agak menyedihkan.

Korang nak tiru suara ataupun gaya dia on stage ataupun dress up dia tak apa, jangan pulak tiru lifestyle dia.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di