Jika anda mencari penandatanganan terbaik musim ini, ianya milik Fenerbahce di Turki. Di mana dua pemain yang mereka dapat secara percuma secara luar biasa menyumbang kepada 42 gol.
Sumbangan gol di sini bermaksud gol atau assist. Dua pemain itu bukan nama asing, mereka ialah Edin Dzeko dan Dusan Tadic.
Dzeko menyertai Fenerbahce setelah kontraknya dengan Inter berakhir musim lalu. Selepas final UCL musim lalu dia mengucapkan selamat tinggal kepada Inter di atas 2 tahun yang luar biasa.
Di mana dia turut membantu Inter menjadi juara Supercoppa Italia dan Coppa Italia.
Dusan Tadic lebih menarik. Kerana dia mengaktifkan klausa khas dalam kontraknya agar ditamatkan bersama dengan Ajax.
Kapten Ajax pada masa itu, Dusan Tadic dilaporkan tidak mahu turun berlatih. Di mana dia telah bertemu dengan pengarah sukan kelab, Sven Mislintat dan mendesak kelab menandatangani pemain baharu.
Ajax dilihat kerap menjual pemain berkualiti dalam beberapa musim terakhir ini namun tidak menggantikan mereka dengan pemain pemain berkualiti. Dusan Tadic tidak jelas dengan hala tuju dan projek baharu Ajax pada masa ini.
Tadic yang menjaringkan 105 gol daripada 241 penampilan untuk Ajax turut mencipta 112 assist, menggunakan suaranya untuk menyedarkan kelab bahawa mereka harus berbelanja.
Kelompok pemain yang ada dianggap tidak cukup bagus untuk Ajax bersaing di peringkat tertinggi.
🚨🚨 – Dusan Tadic wants Ajax to sign new top players very soon. It’s now a public secret that the Serbian captain is unsatisfied with the current quality of the squad. [@MikeVerweij] pic.twitter.com/KDbOhcGHx0
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) July 13, 2023
Tindakan Tadic ini membuatkan hubungannya dengan pengurusan tertinggi retak. Dia sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa kelab besar. Namun sentiasa mengutamakan Ajax di hatinya.
Namun dia tidak peduli. Kerana dia mahu melihat Ajax kembali memperkasakan projek sukan mereka selepas kejayaan kelab itu menjadi juara Liga Belanda pada 2019, 2021 dan 2022.
Pengurusan tertinggi Ajax menyatakan sebelum ini bahawa kelab bergelut dengan masalah kewangan. Membuatkan mereka terpaksa mengurangkan kos termasuk cuba mengurangkan gaji pemain.
Kelab juga cuba berbelanja secara berjimat cermat dalam pembelian pemain. Dan berusaha untuk memaksimumkan keuntungan daripada penjualan pemain.
Apa yang peliknya, kelab sudah menjual ramai pemain bintang mereka termasuk Lisandro Martinez dan Antony dalam beberapa musim ini.
Kemuncaknya ketika mereka menjual Mohammed Kudus. Lalu kelab setuju menamatkan kontrak Tadic yang terus bising dan dianggap toksik.
Di Fenerbahce dia membuktikan kualitinya. Dan dia membantu kelab itu berada di puncak pada ketika ini. Mereka turut mara ke kalah mati UECL.
Kini gandingan Tadid cadn Dzeko menyumbang kepada 42 gol musim ini di antara mereka. Dengan 23 oleh Dzeko dan 19 oleh Tadic.
Kedua duanya tidak memerluakan Fenerbahce membayar apa apa dalam yuran perpindahan.
🇹🇷✨ Fenerbahçe's Edin Džeko (37) & Dušan Tadić (35) have contributed to 42 goals so far this season. 🟡🔵
The two experienced forwards cost the Turkish club just €0 as they were both free signings. pic.twitter.com/5sHKf6n94t
— EuroFoot (@eurofootcom) December 14, 2023