“Join Friendster ”
Itulah pujukan ringkas Friendster pada laman hadapan mereka. Dan pujukan itu dengan mudah anda akan turuti.
Friendster adalah pelopor social networking dengan dilancarkan pada Mac 2002 berasal dari gabungan Friends + Napster.
Pada 2003 Friendster terus berkembang dan di Malaysia pada 2004 Friendster mendapat smbutan hangat.
Era Gemilang
Friendster menjadi social media pertama yang mencecah komuniti sejuta meskipun social media seperti Myspace pada 2004 dikatakan lebih banyak page views berdasarkan unique visitors.
Pada 2003, google nak membeli Friendster dengan harga pembukaan $30 juta namun friendster menolak terus.
Ini kerana mahu pengguna mereka lebih kekal dengan privasi berbanding google yang tak cukup telus dalam isu menjaga privasi.
Namun ia dianggap salah satu kesilapan terbesar friendster yang mungkin boleh mendapat harga 2 kali ganda jika negosiasi itu diteruskan. Boleh joli macam Tom Myspace yang menjual terus Myspace.
Perkembangan Facebook
Namun dengan perkembangan Facebook pada 2004, google tidak ada minat lagi nak membida Friendster selepas reputasi facebook yang dianalisis oleh pakar google sebagai akan menjadi fenomena.
Pada 2005 Friendster dikatakan telah berkurangan pengaruh di USA. Dan pada 2006, boleh dikatakan Friendster telah ‘mati’ di USA.
Produk Kanada ini bagaimanapun masih digunakan meluas di Asia terutama Asia Tenggara pada 2006.
Pada era friendster dulu, adalah zaman remaja mula berjinak jinak dengan dunia mencari hostpot dan budaya starbuck mula berkembang sebab masa tu mana ada mamak dan kedai Tomyam berwifi.
Di universiti atau kolej, para student akan berkumpul ramai ramai di hostpot area dan layan friendster sambil belajar dan buat assignment.
Masa ni, pada awalnya tak ada gadget elektronik sangat digunakan untuk akses friendster. Internet mahal.
Sebab tu masa ni tak anti sosial sangat kalau kau main futsal, waktu tunggu turn pun kau tak adelah mengadap friendster sahaja.
Adalah masa kau bersembang. Masa ni, kalau lepak kawan kawan, nak suruh diorang add kena ingatkan pakai SMS, sebab bukan macam sekarang:
‘Apa FB kau? Aku nak add’ sambil pegang fon. Pelajar Universiti dan kolej antara golongan yang menjadi ketagih kepada friendster. Peneman ketika buat assignment dan study.
Di Malaysia, remaja akan menghabiskan masa di kafe siber hanya kerana Friendster dan Myspace.
Dengan feature yang lebih personalize seperti plug in media player seperti dengar lagu dan penukaran layout, friendster sangat disenangi dan boleh customize.
Masa ni, tak ada status dan komen yang terlalu merapu sebab user adalah sedikit dan masa berfriendster amat terhad.
Jarang remaja yang ada kemampuan membeli gadget dan hanheld devices seperti sekarang.
Cuma dibawah 5% budak 10 tahun ada friendster dan ini menyebabkan kes komen tak matang sedikit. Cuma sedikit pak cik mak cik yang ada friendster. Komuniti social media zaman Friendster ada kelas tersendiri.
Cuma gambar terbaik yang diupload kerana ia bukanlah tugas yang terlalu mudah macam sekarang.
Dulu sedikit saja yang ada handheld yang boleh direct ke friendster. Mesin utama adalah laptop atau PC. Jadi kerja upload gambar adalah daripada handphone transfer ke laptop menerusi memory card reader sekitar RM1-5.
Atau masuk pendrive dan upload di CC atau laptop member. Masa ni, memang kurang status dan komen yang terlalu merapu sebab user adalah sedikit dan masa berfriendster amat terhad.
Ianya adalah satu masa di mana semua orang merasakan berinteraksi di media sosial ini bukannya benda yang terlalu mudah dan murah.
Jarang remaja yang ada kemampuan membeli gadget dan hanheld devices seperti sekarang. Cuma dibawah 5% budak 10 tahun ada friendster dan ini menyebabkan kes komen tak matang sedikit.
Bukan hari hari kau nak angkat laptop ataupun ada wifi. Kita boleh View sapa yang usha profile kita dan tarik senyum sampai ke telinga kalau ex kau pun usha. Cehhh.
Menuju Kematian
Pada 2007, Facebook mula mendominasi Malaysia dan dan pada 2008 ramai rakan sebaya mulai mempengaruhi kita untuk beralih ke fb.
Namun sebagai macai tegar Friendster kita akan cakap, tak nak la FB, susah, friendster lagi best ramai member.
Pada 2008 baru kita semakin menerima pelawaan bertukar ke fb dan friendster kita semakin sunyi dan paling bosan bila orang yang kita selalu usha pun dan berfb.
Lepak dimeja, geng fb mulai mencari downline dengan testimoni beramai ramai. Boleh la korang tag nama rakan korang yang meracun korang berhijrah dari Friendster ke Facebook.
Pada 2010, friendster merosot teruk penggunaan di dunia termasuk Malaysia. Pengguna friendster memang ramai masih di Asia Tenggara masa tu.
Satu angka mendadak dan kesan daripada semakin ramai ke fb, kita kehilangan komuniti di friendster dan pada 2010 juga friendster hampir mati di Malaysia.
FB berterusan meng-update feature dan intergrasi dengan apps lain dan friendster gagal bersaing.
Pada 2011, usahawan Malaysia, Vincent Tan (MOL) telah membeli Friendster dengan nilai sekitar $26 juta untuk menjadi media sosial kepada gamers.
Que de souvenirs. Friendster, hi5, google buzz… pic.twitter.com/WRcGeKOXmp
— Tristan Mendès France (@tristanmf) October 18, 2019
Vincent Tan and team mengumumkan akan menukar Friendster kepada komuniti gaming daripada yang sedia ada.
Mereka menyatakan, mereka tak mahu menyaingi fb tetapi mahu melengkapkan FB.
Pada 2011 Friendster telah memadam semua gambar dan profile ditukar kepada avatar tertentu.
Ramai yang tak alert dan tak tahu serta kecewa dengan tindakan friendster yang tak berusaha mencari alternatif memulangkan gambar ke email atau notis hebahan yang lebih baik.
Jadi pengguna friendster masih boleh log in menggunakan username dan password lama tetapi sangat kecewa bila profile menjadi kartun.
Pada 14 June 2015, friendster lenyap terus. Maka, bersemadilah sebuah kuasa media sosial pada 2011.
Ianya juga kerana pemilik yang seterusnya kepada Friendster ini telah memutuskan untuk tidak kekal bersaing dengan Facebook tetapi memilih untuk menukar kepada benda lain.
Terima kasih friendster sebab menjadi sebahagian daripada zaman remaja kami. Dan saya tetap kecewa bila gambar saya terutama yang ketika konvo hilang macam tu.
Dahlah hard disk laptop lama saya dah hancur.
Tak lupa juga gambar dengan beberapa artis dahulu. Ingat tak layout terakhir atau favourite anda dan apa status terakhir anda ?
Ada tak yang bercinta di friendster dan kemudian ke jinjang pelamin dan hari ini dah ada anak-anak?
*Siapa baca habis confirm kaki friendster.