Frontliner Ini Pertahan Maruah Malaysia, Kesal Pembohongan Al Jazeera, Dedah Apa Sebenarnya Berlaku

Salah seorang petugas di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, MAEPS Serdang, telah menzahirkan kekecewaannya di atas laporan tak berasas Al Jazeera.

Baru baru ini, media antarabangsa itu melaporkan Malaysia melayan pendatang asing tanpa izin, atau bahasa kasarnya pendatang haram seperti binatang.

Video berdurasi lebih 25 minit itu mendapat banyak respon negatif dan amarah daripada rakyat Malaysia. Sebanyak lebih 262 ribu butang dislike ditekan untuk video itu.

Video tersebut jelas sekali telah mencemarkan imej Malaysia di mata dunia.

Sedangkan sebelum ini beberapa media dan wartawan bebas telah mengiktiraf Malaysia sebagai antara negara terbaik dalam mengendalikan kes kes coronavirus.

Tidak kurang juga beberapa orang awam yang berkunjung ke Malaysia ketika lockdown turut menghamburkan pujian kepada Kerajaan Malaysia di dalam menangani kes tersebut sebagai sebuah negara.

Malah seorang doktor dari Amerika Syarikat telah membandingkan Malaysia dengan negaranya di mana beliau berpendapat bahawa Malaysia wajar menjadi ikutan.

Berbeza pula dengan laporan oleh Al Jazeera yang menekankan bahawa kononnya Malaysia telah mengambil kesempatan ke atas pendatang asing tanpa izin.

Di dalam laporan tersebut mereka turut menggambarkan bahawa media dilayan dengan teruk. Pendatang asing tanpa izin telah dilayan seperti penjenayah.

Mereka turut menyatakan bahawa pihak berkuasa dan kerajaan tidak menjalankan tanggungjawab Mereka dengan baik ketika memberikan informasi kepada media.

Sungguh berbeza dengan laporan oleh beberapa media luar negara sebelum ini yang memuji bagaimana kerajaan Malaysia memberikan informasi kepada rakyat dan juga wartawan tentang wabak koronavirus.

Malah sebuah media dari China telah mengiktiraf Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham sebagai tiga tokoh terbaik di dalam memberikan informasi kepada umum.

Seorang frontliner iaitu Kenneth Wong Chen Fei memuat naik kenyataan di Facebook menafikan tuduhan itu dan mempertahankan 5g Malaysia.

Beliau malah kesal dengan tuduhan yang berupa pembohongan, kerana beliau sendiri terlibat dalam merawat dan memberikan perkhidmatan kepada PATI.

Status beliau dikongsi lebih 17,000 kali di Facebook.

Al Jazeera Pembohong

Al-Jazeera membuat laporan palsu (pembohongan / tuduhan tidak wajar) terhadap Malaysia mengenai pengurusan dan layanan kepada pendatang asing tanpa izin dengan Covid-19!

Saya menjalankan perkhidmatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, MAEPS Serdang selama 1 bulan dan 1 minggu.

Kami merawat hampir 700-800 Covid-19 pendatang tanpa izin (Pendatang Asing Tanpa Izin / PATI) di pusat kami.

Semua PATI dilayan dengan adil dan baik. Kami menghormati mereka sebagai manusia biasa. 3 kali makan sehari. Setiap hidangan dengan sayur-sayuran, daging dan nasi.

Katil yang bagus dengan persekitaran berhawa dingin. Mereka masing-masing diberi pek / tuala / makanan kering tambahan percuma.

Tidak ada yang dizalimi. Semua diberi kebebasan untuk menunaikan solat sunat dan pergi ke tandas Ketika mereka keluar, semua diberi pakaian baru secara percuma.

Saringan percuma (1 ujian = RM 300-400), makanan percuma, rawatan percuma, baju percuma. Semua Kerajaan Malaysia tanggung! Apa lagi yang mereka mahukan?

Laporan Al-Jazeera adalah tidak berasas dan tidak betul (berita sebelah pihak). Kami berdiri bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Malaysia kerana berusaha sebaik mungkin dalam memerangi wabak Covid-19! 👍🙏

Baca yang lain