Frozen Catat Rekod Dunia Atasi Toy Story 4

Pesona Elsa telah menawan dunia. Frozen 2 kini merekodkan minggu pembukaan sebanyak US$127 juta di Amerika Syarikat (AS) dan US$350.2 juta di seluruh dunia.

Angka yang akan dicatatkan daripada Jumaat ke Ahad. Masih ada 3 hari lagi untuk mereka mencatatkan rekod sebenar. Tetapi setiap angka yang dicatatkan selepas ini merupakan rekod baharu untuk kutipan filem animasi di luar AS dalam masa seminggu.

Secara keseluruhannya mereka kini berada di tangga ke-3 untuk semua kategori filem.

Kejayaan mencipta rekod ini pastinya akan membawa kepada spekulasi akan ada sambungan. Rekod sebelum ini dipegang oleh Toy Story 4, dengan catatan US$240.9 juta seminggu.

Namun Frozen 2 sudah mencatatkan lebih US$100 juta daripada angka itu.

Mereka juga mencatatkan rekod pembukaan di luar AS. Memecahkan rekod Ice age sedekad yang lalu US$152 juta.

Di AS, Frozen 2 masih di belakang Finding Dory (US$135.1 juta) dan Incredibles 2 (US$182.7 juta), kedua-dua filem dari Pixar.

Ada banyak faktor juga yang menyumbang kepada kutipan ini. Antaranya berlaku inflasi pada kadar tiket. Namun Frozen 2 tetap berjaya mencatatkan kutipan yang luar biasa.

Frozen 2 ini boleh dikatakan memang filem yang ditunggu selepas hype daripada filem pertama dahulu. Para peminat masih ramai menantikannya. Jadi tidak hairanlah Frozen ini merupakan antara jenama yang kuat dalam arena animasi.

Sumber: Mashable

Baca yang lain