Kemenangan yang sangat penting untuk diraikan. Liverpool menang 4-1 dalam aksi di tempat lawan berhadapan dengan Genk.
Ia kemenangan kedua kita musim ini dengan status pasukan juara bertahan.
Up the Reds! 💪🔴#UCL | #GENLIV
— Liverpool FC (@LFC) October 23, 2019
Tumpuan pastinya kepada Chamberlain. Beliau membuka tirai jaringan seawal minit ke-2 lagi. Pasti ramai yang tak sempat bancuh kopi tadi.
200 – Alex Oxlade-Chamberlain's second goal this evening was Liverpool's 200th Champions League goal, becoming the fourth English team to net as many alongside Manchester United, Arsenal and Chelsea. Tekkers. pic.twitter.com/RKYCqPggrA
— OptaJoe (@OptaJoe) October 23, 2019
Baiklah, Liverpool bermain dengan baik dalam perlawanan ini. Namun lawan kita hari ini memiliki keupayaan yang jelas dan nyata ketik serangan balas.
Lelaki Asia, terus menjadi masalah utama Liverpool. Kali ini Ito. Kelemahan Ito ni terlalu banyak ofsaid. Kualiti lain, beliau memberikan masalah kepada Liverpool.
Chamberlain selepas gol pertama tadi, terus agak isolated. Namun separuh masa kedua, dapatkan balik tempo beliau dan menjaringkan gol jahat dengan outside foot, macam gol aku selalu buat.4
Mohamed Salah agak menarik. Beliau pemain yang aku rasa agak average form dia pada separuh masa pertama dan beberapa siri hantaran lemah.
Namun di sebalik aksi beliau yang tidak di paras optimum – itu kita faham sebab dia baru kembali daripada kecederaan – Salah tetap mencipta 1 assist kepada Mane.
Salah assist Mane selepas Mane assist Salah. Tak salah kan?
Dan paling menarik, dia turut menjaringkan gol dengan gaya Mo Salah yang sangat tipikal. Dapat bola dan menyelit.
Tetapi selepas gol Salah tu, terus Liverpool shut down dan kena satu gol. Itu memang sagu hati la.
Selain tu, Roberto Firmino juga berhak diberikan pujian. Beliau hampir mencipta satu lagi wonder assist tadi.
Yes 3 mata dari tempat lawan. Dan fokus seterusnya pastinya perlawanan menentang Spurs selepas ini, yang turut ada lelaki Asia paling power main bola.