FT: Liverpool 2 Genk 1 – Oxlade Penjaring Gol Kemenangan

Liverpool pada kedudukan skor kelihatan bergelut untuk menang dengan kedudukan 2-1.

Namun ia bukan cerita yang sepatutnya dilakar oleh Liverpool jika kualiti penyudah lebih baik.

Liverpool di hadapan menerusi Wijnaldum. Namun ianya disamakan oleh Genk menerusi percubaan pertama mereka ke arah gol.

Ianya berlaku daripada bola mati. Milner masih mengelamun memikirkan sama ada beliau akan ke Qatar ataupun kekal di England untuk bermain Piala Kerbau.

Joe Gomez pun buat aku sakit jantung juga. Agak ‘shaky game’ malam ni. Come on Joe.

Namun gol kemenangan Liverpool muncul pada minit ke-53, menerusi sweet shot daripada, man of the moment, Alex Oxlade-Chamberlain.

Oxlade menerima hantaran licik daripada Mo Salah, dan melakukan percubaan leret yang lawa seperti Hanna Delisha.

https://twitter.com/i/status/1191825754549604352

Ianya jaringan keempat Ox dalam 4 perlawanan terakhir.

Korang bayangkan Liverpool ada 28 percubaan ke arah gol. 8 percubaan tepat. Namun hanya 2 gol dihasilkan. Genk hanya ada 6 dengan 3 percubaan tepat.

Namun paling penting adalah menang perlawanan ini. Naby Keita pun cemerlang juga dalam game ni. Mesti kau tak perasan. Ye la, kau kan sibuk main telefon.

Namun pemain terbaik pastinya Alex Oxlade-Chamberlain. Tumbukan ke udara satu!