FT: Liverpool 3 Man City 1 – Persembahan Yang Menggiurkan The Reds

Liverpool menunjukkan aksi yang cemerlang untuk menang clash top of the table. Melebarkan jurang mata kepada sembilan.

Liverpool bermula dengan sistem yang mengutamakan kestabilan di belakang dan cuba menyerang balas Man. City.

City struggle dengan quick pass ke flank oleh Liverpool. Jaringan pertama adalah menerusi laki Jihan Muse. Namun ada persoalan adakah gol itu harus diharamkan?

Atas alasan Trent Alexander-Arnold handball terlebih dahulu. Ternyata video ini boleh menjawab korang.

Gol kedua Liverpool pula adalah bukti Man City termakan dengan cara Liverpool overcome pressure di kanan. Ketika mereka cuba press ke arah bola, bola ditukar ke kiri.

Hantaran Andy Robertson sangat precise. Bak gerakan pukulan sakti. Mohamed Salah menanduk masuk bola melepasi Claudio Bravo.

Dan sekali lagi pertikaian sama ada Salah ofsaid ke tak.

Ini pula gambar dikeluarkan VAR.

Adalah Salah bersalah dalam salah satu insiden ini.

Sama kes macam Sheffield semalam. Ramai meroyan mereka tak dapat gol.

Dan Liverpool tak menoleh ke belakang apabila Sadio Mane mengotakan janjinya untuk dive.

Ya dia melakukan diving header.

Manchester City Ada Banyak peluang dalam game ni. Dan mereka merembat tak tentu hala. Tapi dapat 1 gol menerusi Bernardo Silva. Terus Liverpool tak clean sheet. Padan muka korang yang tanam Alisson dalam Fantasy.

Ok Liverpool menang 3-1.

Anfield terus menjadi tempat yang tidak bagus untuk Pep walaupun sebelum game dia dan De Bruyne cakap: Peduli apa dengan badi Anfield.

Tactically game ni sukar. Sebab kedua dua team memang ada kualiti.

Man City hilang spark di central sebab Rodri half fit untuk game ni. Tapi Pep turunkan juga.

Di pertahanan, City terus berhadapan masalah bila kena serang sampai belakang. Namun tak banyak team yang boleh serang mereka kerap dan kemas sampai ke defensive third. Sebab tu mereka counter pressing kaw kaw.

Liverpool bermain baik. Dan berhak menang.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi