FT: Man United 3 Partizan 0 – United Akhirnya Ingat Cara Skor

Ini adalah perlawanan yang menunjukkan bahawa akhirnya Man United ingat cara untuk mencipta gol dan menyudahkannya.

Ya sebelum ini memang mereka skor. Tetapi nak skor sampai 3 gol ni payah sikit.

Lupakan pasal beberapa miss yang tak sepatutnya oleh Rashford, kerana setiap pemain yang melakukan kesilapan, tetapi selepas itu menebusnya dengan gol, anda akan sentiasa dimaafkan terutama sekali ketika menang.

Mason Greenwood membuka tirai jaringan pada minit ke-21. Natural finisher.

United lebih laju bergerak di final third. Gol Martial tadi sangat hensem. First touch dan second touch dia dah macam main FIFA bang oi. Apalagi cepat cari highlight sekarang, aku tau ramai tak tengok game ni.

Marcus Rashford menebus beberapa kegagalannya menjaringkan gol dengan gol cantik yang deras.

Partizan datang dengan taktikal yang berani namun tak tahu nak buat apa di final third. Mereka lack of decisiveness dan directness.

Ini masalah utama mereka dalam perlawanan ini. Secara total mereka outplayed di semua bahagian dan aspek.

Keputusan 3-0 adalah tepat untuk perlawanan ini. Dan ia juga bukti bahawa United kena lebih kemas dalam penyudah untuk beberapa peluang keemasan yang gagal disempurnakan.

United lebih agresif ketika bertahan dan mereka lebih direct nak masuk ke dalam box.

United mara ke kalah mati. Selepas beberapa minggu yang sukar, mereka akhirnya berjaya menang. Harap ini akan menjadi feel good factor kepada pasukan United untuk terus bangkit.

Tapi tu la, dah berapa kali kes  macam ni. Sebab tu aku harap, ia akan menjadi pencetus kepada sesuatu lebih baik.

 

 

Baca yang lain