Fulham Kecewa Bayern U-Turn Soal Harga Palhinha, Walaupun Dah Berjanji Mahu Bayar €65 Juta

Fulham nampaknya benar benar kecewa kerana Bayern kini mahu meminta kurang harga Palhinha berbanding yang sudah dipersetujui untuk pemain itu.

Bayern pada pra musim lalu hampir berjaya mendapatkan Palhinha namun rundingan tak dapat dimeterai pada saat akhir.

Bayern pada masa itu mahukan jaminan mereka mendapat Palhinha barulah mereka akan melepaskan Ryan Gravenberch ke Liverpool.

Dengan Bayern membenarkan Gravenberch terbang ke Anfield untuk memeterai perjanjian bermakna mereka benar benar dalam proses menandatangani Palhinha dari Fulham.

Dia sudag berada di Bayern Munich dan sudah selesai semua urusan medikal bagi melengkapkan perpindahan dari Fulham.

Kedua dua kelab setuju dengan Bayaran €65 juta untuk pemain itu. Palhinha telah setuju dengan kontrak sehingga 2028 dan sudah melakukan sesi dengan petugas media kelab Bayern bagi pengumuman rasmi.

Namun ada pihak yang membuatkan proses itu menjadi lengah. Ianya berlaku kerana Fulham mahu memastikan mereka benar benar sudah mendapat pengganti pemain itu. Fulham cuba menandatangani Scott McTominay pada saat akhir namun gagal.

Dan mereka kemudian beralih kepada sasaran lain termasuk Pierre Emile Hojbjerg. Pada masa itu, Bayern mulai panik kerana mereka memerlukan dokumen yang bertandatangan dari Fulham.

Jendela perpindahan di Bundesliga tutup lebih awal dari EPL iaitu pukul 5Pm di sana. Jendela perpindahan di EPL pula berakhir tengah malam pada hari yang sama.

Selepas segala usaha yang dibuat oleh Palhinha yang sebelum itu memujuk Fulham untuk menerima bidaan Bayern, segalanya sia sia.

Ini kerana rundingan itu gagal dimeterai. Dan pemain diminta pulang semula ke London. Palhinha sangat kecewa kerana dia sudah berusaha untuk membantu melicinkan urusan perpindahan itu.

Fulham pada awalnya menolak bidaan Bayern namun Bayern menaikkan nila bidaan kepada €65 juta, kerana mereka boleh meraih €45 juta daripada penjualan Ryan Gravenberch.

Menariknya, Bayern sanggup melepaskan Gravenberch ke Liverpool walaupun rundingan dengan Palhinha gagal.

Menurut BILD, pegawai tertinggi Bayern memberikan tolak ansur kepada pemain itu yang sangat profesional sepanjang proses rundingan dengan Liverpool.

Gravenberch memberitahu sendiri Thomas Tuchel dia mahu ke Liverpool untuk mendapatkan lebih minit permainan.

Joshua Kimmich antara individu yang terbuka bersimpati dengan kegagalan Palhinha menyertai Bayern pada kali ini.

Pengurus Fulham, Marcus Silva turut kesal dengan apa yang berlaku. Dia berkata: “Palhinha ketika ini memerlukan sokongan kami semua dari segi mental.”

Tuchel pula berkata: “Saya sedih kerana saya tahu apa yang Joao boleh tambahkan dalam pasukan kita. Dia sangat kecewa dan sedih.”

“Semua orang telah melakukan tugas masing masing, namun akhirnya, masa sudah terlalu suntuk.”

Abang kepada Joao Palhinha menganggap apa yang berlaku tidak membunuh impian adiknya namun cuma menangguhkan impian dia untuk bermain bersama kelab sebesar Bayern Munich.

Bayern dan Tuchel sudah berjanji dengan Palhinha bahawa mereka akan membeli pemain itu dari Fulham pada Januari 2024 dengan pakej yang sama.

Fulham dikatakan berbesar hati menerima cadangan itu kerana mereka masih boleh menggunakan Palhinha sehingga separuh musim.

Malangmya kini Bayern pula bermain tarik tali. Mereka merasakan harga Palhinha tidak harus kekal €65 juta memandangkan pemain itu pernah cedera dan rehat panjang awal musim ini.

Selain itu prestasi Palhinha dikatakan tidak sama seperti musim lalu sejak perpindahannya gagal.

Mereka meminta Fulham mengemukakan tanda harga baharu di bawah €65 juta.

Fulham buat masa ini enggan melepaskan Palhinha dengan harga lebih rendah. Memandangkan mereka pernah meminta West Ham membayar €90 juta untuk pemain itu ketika West Ham mahu menjadikan dia pengganti Declan Rice.

Bayern menegaskan bahawa Palhinha bukan lagi keutamaan mereka pada masa ini. Sebaliknya, 2 posisi lebih penting adalah bek tengah atau bek kanan.

Berita ini pasti meruntun hati Palhinha yang sudah lama berimpian mahu ke Bayern dan termakan janji kelab itu.