Peminat Manchesster United ‘bersahur’ dengan penyingkiran gergasi England itu dari Piala FA di tangan Fulham.
Juara bertahan Man United terpaksa menelan kekalahan yang sangat perit.
Man United beraksi di hadapan penyokong sendiri pada aksi pusingan kelima Piala FA Inggeris.
Namun mereka terlebih dahulu ketinggalan di tangan Fulham menerusi gol Calvin Bassey yang menanduk di kedudukan berdekatan tiang belakang.
BASSSEYYY!
Old Trafford is silenced as Calvin Bassey has his first FA Cup goal in his first-ever FA Cup game for @FulhamFC ⚪️#EmiratesFACup pic.twitter.com/VZZub4sUam
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 2, 2025
Manchester United bergelut untuk menyamakan kedudukan. Dengan pemain seperti Zirkzee dan Garnacho mempersiakan beberapa peluang mereka.
Amorim mengerahkan pemain mudanya Chido Obi yang berjaya menunjukkan aksi meyakinkan selaku pemain muda.
Chido Obi has breathed a new lease of life into @ManUtd's attack today ✨#EmiratesFACup pic.twitter.com/CSkVULbixE
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 2, 2025
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes sekali lagi menjadi penyelamat pasukannya daripada kekalahan dalam masa 90 minit. Dia menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.
Fernandes melakukan sepakan dengan teknik berkelas dunia.
The technique to pull off this finish 🥵#EmiratesFACup pic.twitter.com/45LvKXZaZa
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 2, 2025
Kedua dua pasukan berkeringat untuk aksi sehingga ke masa tambahan 30 minit lagi. Tiada gol terhasil untuk 120 minit dan penentuan penalti pula untuk mereka.
Dalam penentuan penalti, dua pemain United, Victor Lindelof dan Joshua Zirkzee gagal menyempurnakan penalti mereka yang diselamatkan dengan cemerlang oleh bekas penjaga gol Arsenal, Bernd Leno.
The holders are out 😲
Bernd Leno is the shootout hero for @FulhamFC!#EmiratesFACup pic.twitter.com/1mICZ5tphe
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) March 2, 2025
Fulham mara ke pusingan suku akhir Piala FA selepas berjaya menyingkirkan Man United. Kini Man United sudah tersingkir daripada persaingan kesemua piala domestik.
Skuad Ruben Amorim masih ada UEL untuk mereka kejar pada baki musim ini.
Jelas sekali Ruben Amorim dalam tekanan ketika ini. Peminat peminat di Old Trafford beberapa kali menyorak secara sinis gaya permainan Man United yang dilihat tidak begitu cantik.