Futsal Penjara: Pasukan Ronaldinho Menang 11-2, Skor 5 Assist 6

Pasti ramai banduan yang berbangga dapat beraksi dan berkongsi gelanggang dengan Ronaldinho.

Dalam aksi pertandingan futsal penjara yang bertempat di Agrupacion Especializada, Asunción, Paraguay, pasukan beliau menang 11-2.

Paling menarik Ronaldinho menjaringkah 5 gol dan membekalkan 6 assist dalam aksi tersebut.

Ya beliau berjaya terlibat dalam kesemua 11 gol pasukannya.

Eh….Bukankah beliau dilarang menjaringkan gol? Peraturan tersebut telah diubah kerana banduan di sana merasakan mereka ok. Takkanlah nak main futsal tak boleh skor kan?

Sebelum ini pihak penjara melarang Ronaldinho untuk menjaringkan gol kerana dianggap tak adil kepada pasukan yang ditentang. Ronaldinho pemain fustsal profesional.

Ada juga yang risau banduan banduan ni koyak kerana Ronaldinho memang akan dijangkan skor banyak gol.

Walaupun sudah bersara daripada bola sepak, beliau masih lagi aktif bermain kejohanan futsal di seluruh dunia. Futsal masih lagi makanan bagi Ronaldinho.

Dalam laporan oleh GlobeEsporte, Ronaldinho cemerlang membantu pasukannya.

https://twitter.com/SantiRavidlasPy/status/1238599710585298944

Aksi beliau sangat memukau dan membolehkan beliau memenangi anugerah Man Of The Match dalam perlawanan tersebut.

Beliau sempat melakukan berberapa fancy trick seperti dalam FIFA street di alam nyata. Lihat dia melakukan back heel cantik di sini:

https://twitter.com/i/status/1238751722895335424

 

Ronalinho kelihatan sangat menikmati detik tersebut bersama dengan pemain pemain yang terdiri daripada banduan di sana.

https://twitter.com/i/status/1238621534664765440

Cuma hadiah dia agak mengejutkan. Ianya berupa seekor babi seberat 16kg. Biar betul? Ye la, takkan nak bagi diorang duit kan. Banduan ni nak buat apa.

Babi ni boleh diorang buat stok babi-que / bbq.

https://twitter.com/SantiRavidlasPy/status/1238656712791465984

Ronaldinho ditahan di Paraguay bersama dengan abangnya kerana memasuki negara tersebut dengan pasport palsu.

Beliau ditahan di sel khas, bukannya bersama dengan banduan lain.

Kerajaan Paraguay masih bagi muka dengan Ronaldinho yang sebenarnya cuba masuk ke Paraguay atas urusan kebajikan membantu meraih dana bagi membantu  kanak-kanak kelainan upaya.

Ketika di penjara beliau telah melayan para peminatnya di sana dengan senyuman seperti biasa.

Ronaldinho juga antara sebab kenapa kejohanan futsal dua kali setahun ini diawalkan di penjara tersebut.

Awalnya beliau hanya dijemput untuk menjadi tetamu VIP. Tetapi Ronaldinho meminta untuk bermain.

Pihak penjara mempertimbangkan sedalam dalamnya permintaan itu kerana risau akan keselamatan beliau.

Namun selepas beliau terus meminta, pihak penjara meletakkan syarat khas, larang dia skor. Tetapi peraturan itu ditarik semula.

Ronaldinho masih lagi dipenjara di Paraguay atas arahan daripada mahkamah. Beliau sebenarnya sudah tidak memiliki pasport Brazil kerana ditahan di negaranya.

Ianya gara gara kesalahan beliau terlibat dalam aktviti menangkap ikan secara haram di negaranya.

Walaupun tidak memiliki pasport buat masa ini, Ronaldinho masih lagi menjadi duta sukan untuk negaranya.

Ronaldinho merupakan bintang yang mebantu negaranya memenangi Piala Dunia. Dan juga membantu Barcelona memenangi semua piala.

Selain itu beliau juga bekas pemenang Ballon d’Or – dianggap antara pemain terbaik sepanjang zaman.

Baca yang lain